Apakah bahasa rasmi Malaysia? Semestinya Bahasa Melayu. Kalau tanya budak kecik pun diorang tau. Tapi tak taulah zaman sekarang, lahir-lahir je mak bapak dah terus speaking English berhabuk-habuk kat anak-anak sampai ada yang tak tau cakap Melayu langsung. Dan ketika itulah berfeluh-feluh lah Farihin Mohd Raihan nak speaking London dengan diorang. Tak ke malu aku yang dah umur nak masuk 20 tahun ni nervous nak speaking English dengan budak 3-4 tahun. Ohh..masa speaking test bukan main lagi kau pung pang pung pang cantas cakap Candidate A dan Candidate B. Hambik kau bila nak speaking dengan budak kecik kau jadi kecut.
Rasakan!
Zasss! *sambil buat gaya Wahid kat Melodi*
Tapi itulah fenomena yang berlaku di Malaysia sekarang. Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya dalam percakapan seharian. Dari kanak-kanak sampai lah warga tua, kebanyakannya lebih gemar mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sehingga tercetusnya istilah rojak. Bahasa Melayu seakan-akan kehilangan originaliti.Aku bukan mahu membabi buta tuding jari pada orang. Aku juga turut sama terlibat dalam menyumbang masalah ini ya. Haha. Aku pun guna bahasa rojak, even dalam entri ni pun aku mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan sengaja nak mencabul bahasa Ibunda, cuma dah terbiasa. Aku tau korang semua pun pasti tak dapat lari dari penggunaan bahasa rojak kan?
Rasa-rasanya kalau aku cabar korang cakap Bahasa Melayu sepenuhnya dalam satu hari, korang boleh sahut tak cabaran tu? Heheh *sambil buat senyuman paling kerek dalam dunia*
Aku bukan saja-saja nak kerek cabar korang kerana aku telah mencabar diri aku sendiri terlebih dahulu. Oleh itu, tercetuslah idea dan buah fikiran untuk melancarkan......
*bunyik kompang*
Hari Berbahasa Melayu Tun Kudu 2004. Takkan Melayu Hilang Di Dunia (ececehh nak tiru ayat Hang Tuah)
Jangan tanya kenapa tiba-tiba nak lancarkan kempen ni kat dalam bilik. Kalau Farihin Mohd Raihan dah bosan, memang macam-macam benda akan lalu di fikiran. Dan jangan nak complain kenapa poster buruk benawww, hoi kau ingat senang ke nak lukis corak bunga-bunga tuhh? -_____-
Kempen ini dilancarkan pada hari Khamis, tak hengat berapa haribulan, dan dihadiri oleh dif-dif kehormat iaitu warga Tun Kudu 2004 sendiri seperti Datuk Seri Nor Atyqah, Datuk Dr Fara Aimira, Professor Madya Hasrizah Azreen dan saya sendiri (amboi tiba-tiba ‘saya’), Datin Farihin (suami I Datuk ok).Bersempena dengan hari pelancaran itu, aku telah menetapkan setiap hari Khamis sesiapa yang memijakkan kaki ke dalam bilik Tun Kudu 2004, mereka harus bercakap bahasa Melayu sepenuhnya tanpa ada sedikit pun terselit bahasa lain. Agak-agak kau nak blaja BEL dengan Mandarin, kau pegi main jauh-jauh!
Fuhh vain gila.
Ok taklah sampai macam tu. Kang ada yang aku kena sepak terajang pulak kang buat rules macam tu. Hehe.
Apa akan terjadi kalau anda tersasul jugak bahasa lain? Adakah anda perlu membelanja roommate anda sambal tempe Temenggong? Bahaha. tidakk. Peraturannya sungguh mudah dan tidak berbelit, barangsiapa yang tersasul pegi channel bahasa lain, anda hanya perlu membetulkan semula ayat anda menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Mudahkan? Farihin tak suka denda-denda orang nih. Kalau rasa susah nak betulkan ayat tu mungkin anda boleh gunakan khidmat Google Translator – Penterjemah Google
atau mungkin tidak. -___-
Jangan risau kalau tersasul,tidak perlu panik nak mati macam tersalah pilih bahasa kat mesin ATM. Korang penah tak alami situasi sebegitu bila nak cucuk duit kat mesin ATM yang touch screen dan maju sekali itu, nak tekan Bahasa Malaysia tiba tangan tergelincir pulak pegi ke tulisan cina tuhh. Fuhh haru biru apa aku nak buat nih semua bahasa Cina kat screen nih. T______T
OK lupakan peristiwa bernanah itu. -______-
Berbalik pada kempen tadi,bila ingat balik hari pertama pelancaran kempen memang kelakar. Mesti ada je terselit tersasul bahasa lain especially bahasa Inggeris.Kadang-kadang perkataan yang tersasul tu simple-simple je, laptop, towel, fridge, charger,library dll. Terbelit-belit lidah. Yelah, disebabkan terlalu biasa menggunakan bahasa Inggeris untuk perkataan tertentu, bila nak cakap Melayu dah jadi kelakar. Aku tak dapat bayangkan kalau aku bawak masuk bilik air CoolBlog, “Kau beli air apa tu?” “Ohh..Teh Susu Keladi dengan mutiara.” O.o
Tapi kalau kata nama khas tu takdalah kitorang gatal nak Melayukan. Macam susu Dutch Lady takkan nak tukar jadi susu wanita Belanda pulak. -_______-
Bila dah buat kempen ni memang tak sangka betapa kekoknya aku bila nak berbahasa Melayu sebenarnya. Sedetik dalam hati tu rasa malu jugak lah sebab tak dapat betul-betul praktikkan bahasa Ibunda sendiri dalam kehidupan seharian. Lebih malu bila tengok mat salleh yang bukan penutur jati Bahasa Melayu dapat bercakap menggunakan bahasa kita dengan sangat baik. Contoh terdekat ialah, Ben Bradshaw(HAH kau tak kenal, search dia kat facebook sekarang!) ;D
Tahniah Ben!
Jadi sekarang, saya ingin mencabar anda semua berkomunikasi dengan rakan-rakan anda menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam satu hari tanpa ada satu perkataan dari bahasa lain pun yang menjajah!
Adakah anda sedia menyahut cabaran Faktor Ketakutan (Fear Factor) saya ini? *fear la sangat kan*
Penghuni TKD2004 sentiasa bersedia. ;)
Sunday, December 26, 2010
Monday, December 20, 2010
The Power of A Song
Sometimes a song can remind you of someone you love
Sometimes a song can remind you of someone you hate
Sometimes a song can make you happy
Sometimes a song can make you cry
Sometimes a song can make you strong
Sometimes a song can make you proud
Sometimes a song can make you imagine things you’ve never had
Sometimes a song can make you recall good memories you’ve had
Sometimes a song can give you inspiration
Sometimes a song can describe your passion

Saturday, October 30, 2010
Thursday, October 28, 2010
Penyakit Hati
Aku tak faham dengan kerenah segelintir manusia zaman sekarang ni. Bila orang tu buat jahat, amboi kutuk bukan main. Macam orang tulah orang pertama masuk neraka. Tapi bila orang tu buat baik, bukan nak rasa bersyukur dengan perkara baik yang orang tu buat. Tapi mulut tu penuh dengan sindiran berbisa. Konon-konon macam orang tu tak layak langsung nak jadi baik dan berubah.
Bagi aku, kalau tengok orang lain bagus, kita mesti berusaha untuk menjadi lebih bagus lagi dari orang tu. Kalau kita cuba jatuhkan orang lain, kita tak untung apa-apa pun. Kita masih di takuk lama, buat apa? Tak ke kurang bijak namanya. (kurang bijak = cara sopan untuk mengekpresikan perkataan bodoh dan bangang).
Tak salah nak cemburu dengan kejayaan orang lain. Tapi cemburu tu biarlah membina, cemburu yang meningkatkan daya saing(peh dah macam ayat pakar motivasi la pulak). Janganlah terbitkan perasaan cemburu yang boleh membawa pada hasad dengki, ya?
Mungkin di mulut kata tak dengki, tapi dalam hati? Cuba-cuba lah sibak balik. Check setiap inci hati kau tu, kot2 ada daki. Penyakit dengki ni bukan penyakit mulut, penyakit dengki ni penyakit hati.
Jadi rakan-rakan marilah kita sama-sama cuci hati kita. Paling senang, selawat ke atas Rasulullah. Ataupun kalau nak ikut petua Datuk Fadzilah Kamsah pun boleh jugak,waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
(Sorry aku tak tau macam mana nak letak proper in text citation kat sini haha) ;p

Friday, September 10, 2010
Ada apa dengan raya?
Dalam kesibukan menyiapkan persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri, sesekali aku sempat menjengah ke kaca televisyen. Antara rancangan yang sempat aku intai seketika adalah sebuah program raya rakaman yang disiarkan di stesen televisyen swasta. Perhatian aku agak tertumpu ketika artis-artis dalam rancangan tersebut saling bertanya tentang juadah raya kegemaran masing-masing ataupuan juadah yang mereka tidak sabar untuk makan pada pagi raya. Rata-rata daripada mereka memberikan jawapan seperti rendang, lemang, kuah kacang, ketupat palas, kuah lodeh dan sebagainya.
Aku tersenyum sendirian.
Aku tak dapat bayangkan jika aku diajukan soalan sebegitu di kaca tv. Pasti ramai yang ketawa di atas lantai berguling-guling sehingga bontot tercabut . Ataupun mungkin ada rahang-rahang yang bakal terjatuh kerana kehairanan dengan jawapan aku.
Ha cuba teka juadah apa yang aku suka makan masa pagi-pagi raya? Kalau kau dapat jawab, aku bagi duit raya weyh!
Biarpun meja dipenuhi dengan rendang, serunding, kuah kacang berbagai. Biarpun aku akui rendang nenek aku the best dalam dunia ni. Biarpun aroma kuah kacang menerawang segenap ruang. Biarpun bumi terbelah dua....
Juadah pertama aku di pagi raya adalah...
Tadaaaa! Haha apebenda tuh?
Mungkin agak hodoh ya rupa makanan di atas.-_-
Nanti aku upload gambar lain lah ye.
Ia adalah ketupat atau nasib himpit yang dimakan bersama kicap. Kicap bukan sebarang kicap, kicap mesti cap kipas udang. Kalau kipas lain takda umphh! Pagi-pagi raya aku melantak benda ni dulu weyh, benda lain aku pandang kemudian. Tak hidup raya aku tanpa ketupat cicah kicap ni.
Ramai yang bagitau aku, baik makan nasi dengan kicap je weyh.
Weyh, serious lain “feel” die weyh. (Weyh, kenapa banyak betul “weyh” aku ni, weyh??).Ditambah dengan suasana raya, ketupat dengan kicap ni jelas dapat menggegarkan jiwa!
Nak lagi best, lepas melantak benda ni, teguk air soda long chan. Kau tau tak air long chan tuh hape? Kalau tak tau, lain kali je lah aku cerita. Orang Melaka je yang layan air long chan nih. Haha.
So, nanti bila aku dah kahwin, sorry lah ya encik bakal suami dan puan bakal ibu mertua kalau saya tak masak rendang untuk raya. Saya makan nasi himpit dengan kicap je dah cukup. Hehe.
Gurau je nyah! Aku still suka rendang jugak okay! ;D

Saturday, July 24, 2010
Aku
Fikiranku runsing.
Aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat lari dari fikiran dan perasaan kacau bilau ini. Mungkin juga perasaan bersalah telah menyentap nadiku buat seketika. Dan kini aku bernafas kembali dalam kegelisahan dan kerunsingan.
Mengapa kini baru aku mampu membuka mataku dan menilai mana kaca mana permata, mana palsu mana kebenaran. Aku bagaikan tenggelam dalam fantasi dan ilusi gelora jiwa darah muda. Selama ini aku tidak pernah sedar aku telah dihanyutkan oleh perasaan yang tiada bersempadan. Aku terlalu mementingkan diri sendiri dan hanya memikirkan keseronokan. Bila aku renungkan seketika, bila iris ini menerawang segenap sudut, aku sememangnya semakin tergelincir dari landasan. Namun, akan aku gagahi setiap langkahku ini untuk berdiri di landasan yang sempurna.Sememangnya, setiap manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Lebih-lebih lagi kesilapan atas kejahilan dan kenaifan diri sendiri.
Begitu juga aku.
Aku hanya ingin berubah.
Bukan berubah menjadi orang lain tetapi..
Berubah menjadi yang lebih baik.

Wednesday, May 26, 2010
Bukan senang...
Monday, May 17, 2010
Scattered piece of words...
It's pretty disappointing when someone u like, likes someone else.
Yeah maybe it's my fault for not letting him know how I feel.
But if I ever tell him, it will be the same dont you think so?
He'll reject me cos he likes someone else.
Yeah, I'm afraid to be rejected.
Call me whatever you want, I hate being rejected.
So the best thing to do is, to keep these feelings to myself and be a loser.
I always think that,"you'll never lose things you've never had."
Ok maybe it's insane to think like that.
But what else can i do?
Idk why suddenly I feel like writing these craps.
*Big sighs*

Tuesday, January 5, 2010
Aku dan Remy Ishak
Telefon bimbitku berdering membuatkan aku tersentak dari lamunan.
Dengan pantas aku menggapai handbag aku yang berada tidak jauh dari tempat aku duduk.
Puas aku selongkar beg aku tapi tak jumpa-jumpa juga telefonnya.
Tula, sapa suruh beli beg besar-besar, kan dah jadi beg doraemon. Semua benda nak sumbat dalam tu.
Mana phone aku nih?
Tanganku masih meraba-raba di segenap compartment beg berwarna purple berkilauan pujaan ramai itu. Dan...
Oh yeah.
Tanganku merasakan vibration seperti vibrator.
Yeah..
Yeargh..
Oh yes!
Oh yes!
Oh yes!
OHHH!
Yeah itu dia phone yang aku cari-cari bagai nak mati
Bulat mataku merenung nama di skrin telefon.
Nama "Remyyy" terpapar.
Rasanya dah lama brader ni tak contact aku apsal alih-alih muncul plak nih.
"Helo,"
"Helo, inn.Harini free tak? Jom lepak sama nak? Abang ada kat Melaka ni. Esok abang dah balik KL balik."
Suara Remy Ishak kedengaran di talian. Bulat mata aku bila dia ajak keluar.
Dah berabad-abad rasanya aku tak lepak dengan dia sejak dia sibuk dengan jadual sebagai pelakon.
"Okay je. Pukul berapa?"
"Pukul 2 nanti abang ambik Inn kat rumah. Jangan siap lambat pulak."
"Okay okay. bye"
Aku tersenyum riang. Dah lama dia tak ajak lepak, harini dia ajak keluar.
Remy Ishak yang ajak okay?
REMY ISHAK.
Sila jangan jealous saya bakal keluar dengan pelakon lelaki terhensem dan terkenal di Malaysia.
Fuhh...lamak.
Sedang aku sibuk memilih baju untuk dipakai, tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi.
Aik?
Apahal pulak nih? Dia nak cancel ke, tak jadi keluar dengan aku.
Memang nak kena belasah ni.
Tanpa melihat nama di skrin telefon, aku terus menekan butang hijau.
Tapi telefonku masih tak berhenti menyanyikan ringtone Hot and Cold.
Rosak ke telefon aku ni? Sial lah. Baru bulan lepas aku beli phone ni kot.
Melayang duit aku.
Berkali-kali aku tekan butang hijau tapi handphoneku tak mau juga berhenti menyanyi.
Akhirnya, aku menekan butang OFF.
Still, takda perubahan.
Weyh, what's happening?
Handphone ni memang bikin gua panasss...
Dengan penuh geram, aku menghempaskan telefonku ke lantai sehingga pecah berderai bagai kaca jatuh ke lubuk (ape kena mengena)
Namun, handphoneku terus berbunyi dan berbunyi dan berbunyi dan............
"KAKAAAAAAAAAAK!" Adam, sepupuku yang berusia tujuh tahun menjerit.
Aku tersentak.
"Handphone kau berbunyi la bodoh!" Adam menyambung
"Ha?" Aku terpinga-pinga dan kurang pasti apa yang Adam cuba katakan.
"Handphone kau ni!" Adam menghulurkan handphoneku.
Aku yang masih blur mngesat-ngesat mataku dan melihat di skrin telefon.
ALARM!!
9.00 A.M
Snooze?
CILAKAK.
Hatiku menyumpah.
Aku menghempaskan diriku ke katil semula dengan penuh kekecewaan.
Aku mimpi rupanya! Konon-konon Remy Ishak ajak keluar macam dah lama kawan baik.
Padahal dia entah kenal aku ke tidak.
Bunyi ringtone dalam mimpi aku yang tak berhenti tu bunyi alarm aku rupanya.
Cis!
Kot ye pun alarm nak bunyi tunggula sampai aku sempat keluar dengan Remy Ishak dulu.
I mean, keluar dengan dia dalam mimpi.
Hurgh!

Subscribe to:
Posts (Atom)