Sunday, December 26, 2010

Aku dan Bahasa Melayu

Apakah bahasa rasmi Malaysia? Semestinya Bahasa Melayu. Kalau tanya budak kecik pun diorang tau. Tapi tak taulah zaman sekarang, lahir-lahir je mak bapak dah terus speaking English berhabuk-habuk kat anak-anak sampai ada yang tak tau cakap Melayu langsung. Dan ketika itulah berfeluh-feluh lah Farihin Mohd Raihan nak speaking London dengan diorang. Tak ke malu aku yang dah umur nak masuk 20 tahun ni nervous nak speaking English dengan budak 3-4 tahun. Ohh..masa speaking test bukan main lagi kau pung pang pung pang cantas cakap Candidate A dan Candidate B. Hambik kau bila nak speaking dengan budak kecik kau jadi kecut.
Rasakan!
Zasss! *sambil buat gaya Wahid kat Melodi*


Tapi itulah fenomena yang berlaku di Malaysia sekarang. Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya dalam percakapan seharian. Dari kanak-kanak sampai lah warga tua, kebanyakannya lebih gemar mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sehingga tercetusnya istilah rojak. Bahasa Melayu seakan-akan kehilangan originaliti.Aku bukan mahu membabi buta tuding jari pada orang. Aku juga turut sama terlibat dalam menyumbang masalah ini ya. Haha. Aku pun guna bahasa rojak, even dalam entri ni pun aku mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan sengaja nak mencabul bahasa Ibunda, cuma dah terbiasa. Aku tau korang semua pun pasti tak dapat lari dari penggunaan bahasa rojak kan?


Rasa-rasanya kalau aku cabar korang cakap Bahasa Melayu sepenuhnya dalam satu hari, korang boleh sahut tak cabaran tu? Heheh *sambil buat senyuman paling kerek dalam dunia*

Aku bukan saja-saja nak kerek cabar korang kerana aku telah mencabar diri aku sendiri terlebih dahulu. Oleh itu, tercetuslah idea dan buah fikiran untuk melancarkan......

*bunyik kompang*




Hari Berbahasa Melayu Tun Kudu 2004. Takkan Melayu Hilang Di Dunia (ececehh nak tiru ayat Hang Tuah)


Jangan tanya kenapa tiba-tiba nak lancarkan kempen ni kat dalam bilik. Kalau Farihin Mohd Raihan dah bosan, memang macam-macam benda akan lalu di fikiran. Dan jangan nak complain kenapa poster buruk benawww, hoi kau ingat senang ke nak lukis corak bunga-bunga tuhh? -_____-


Kempen ini dilancarkan pada hari Khamis, tak hengat berapa haribulan, dan dihadiri oleh dif-dif kehormat iaitu warga Tun Kudu 2004 sendiri seperti Datuk Seri Nor Atyqah, Datuk Dr Fara Aimira, Professor Madya Hasrizah Azreen dan saya sendiri (amboi tiba-tiba ‘saya’), Datin Farihin (suami I Datuk ok).Bersempena dengan hari pelancaran itu, aku telah menetapkan setiap hari Khamis sesiapa yang memijakkan kaki ke dalam bilik Tun Kudu 2004, mereka harus bercakap bahasa Melayu sepenuhnya tanpa ada sedikit pun terselit bahasa lain. Agak-agak kau nak blaja BEL dengan Mandarin, kau pegi main jauh-jauh!

Fuhh vain gila.
Ok taklah sampai macam tu. Kang ada yang aku kena sepak terajang pulak kang buat rules macam tu. Hehe.


Apa akan terjadi kalau anda tersasul jugak bahasa lain? Adakah anda perlu membelanja roommate anda sambal tempe Temenggong? Bahaha. tidakk. Peraturannya sungguh mudah dan tidak berbelit, barangsiapa yang tersasul pegi channel bahasa lain, anda hanya perlu membetulkan semula ayat anda menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Mudahkan? Farihin tak suka denda-denda orang nih. Kalau rasa susah nak betulkan ayat tu mungkin anda boleh gunakan khidmat Google Translator – Penterjemah Google



atau mungkin tidak. -___-


Jangan risau kalau tersasul,tidak perlu panik nak mati macam tersalah pilih bahasa kat mesin ATM. Korang penah tak alami situasi sebegitu bila nak cucuk duit kat mesin ATM yang touch screen dan maju sekali itu, nak tekan Bahasa Malaysia tiba tangan tergelincir pulak pegi ke tulisan cina tuhh. Fuhh haru biru apa aku nak buat nih semua bahasa Cina kat screen nih. T______T


OK lupakan peristiwa bernanah itu. -______-


Berbalik pada kempen tadi,bila ingat balik hari pertama pelancaran kempen memang kelakar. Mesti ada je terselit tersasul bahasa lain especially bahasa Inggeris.Kadang-kadang perkataan yang tersasul tu simple-simple je, laptop, towel, fridge, charger,library dll. Terbelit-belit lidah. Yelah, disebabkan terlalu biasa menggunakan bahasa Inggeris untuk perkataan tertentu, bila nak cakap Melayu dah jadi kelakar. Aku tak dapat bayangkan kalau aku bawak masuk bilik air CoolBlog, “Kau beli air apa tu?” “Ohh..Teh Susu Keladi dengan mutiara.” O.o

Tapi kalau kata nama khas tu takdalah kitorang gatal nak Melayukan. Macam susu Dutch Lady takkan nak tukar jadi susu wanita Belanda pulak. -_______-

Bila dah buat kempen ni memang tak sangka betapa kekoknya aku bila nak berbahasa Melayu sebenarnya. Sedetik dalam hati tu rasa malu jugak lah sebab tak dapat betul-betul praktikkan bahasa Ibunda sendiri dalam kehidupan seharian. Lebih malu bila tengok mat salleh yang bukan penutur jati Bahasa Melayu dapat bercakap menggunakan bahasa kita dengan sangat baik. Contoh terdekat ialah, Ben Bradshaw(HAH kau tak kenal, search dia kat facebook sekarang!) ;D
Tahniah Ben!


Jadi sekarang, saya ingin mencabar anda semua berkomunikasi dengan rakan-rakan anda menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam satu hari tanpa ada satu perkataan dari bahasa lain pun yang menjajah!

Adakah anda sedia menyahut cabaran Faktor Ketakutan (Fear Factor) saya ini? *fear la sangat kan*


Penghuni TKD2004 sentiasa bersedia. ;)

3 comments:

Haziq Yaacob said...

huhuhu..mcm best je..nk join masuk TKD 2004..

EYQA ♥ said...

HAZIQQQ ! well, TKD 2004 mmg best ! ahahaha.

btw, kepak2 gebung (sambung main kompang) ahahaha. bila Inn dah takde dgn Fara, tah ada lagi ker tak lah camni dlm bilik :(

main rekod2 video, webcam2, photoshoot2, minggu PANTUN. ohhhh rinduuuuuu sume tu :(

Farihin Mohd Raihan said...

haziq,kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Tapi kena tukar nama dlu jd HAZIQAH BINTI YAACOB


eyqa, ala nanti kita selalu la singgah2 bilik korang. takpun korang singgah2 rumah kita. hihi