Thursday, October 28, 2010

Penyakit Hati

Aku tak faham dengan kerenah segelintir manusia zaman sekarang ni. Bila orang tu buat jahat, amboi kutuk bukan main. Macam orang tulah orang pertama masuk neraka. Tapi bila orang tu buat baik, bukan nak rasa bersyukur dengan perkara baik yang orang tu buat. Tapi mulut tu penuh dengan sindiran berbisa. Konon-konon macam orang tu tak layak langsung nak jadi baik dan berubah.

Bagi aku, kalau tengok orang lain bagus, kita mesti berusaha untuk menjadi lebih bagus lagi dari orang tu. Kalau kita cuba jatuhkan orang lain, kita tak untung apa-apa pun. Kita masih di takuk lama, buat apa? Tak ke kurang bijak namanya. (kurang bijak = cara sopan untuk mengekpresikan perkataan bodoh dan bangang).

Tak salah nak cemburu dengan kejayaan orang lain. Tapi cemburu tu biarlah membina, cemburu yang meningkatkan daya saing(peh dah macam ayat pakar motivasi la pulak). Janganlah terbitkan perasaan cemburu yang boleh membawa pada hasad dengki, ya?
Mungkin di mulut kata tak dengki, tapi dalam hati? Cuba-cuba lah sibak balik. Check setiap inci hati kau tu, kot2 ada daki. Penyakit dengki ni bukan penyakit mulut, penyakit dengki ni penyakit hati.

Jadi rakan-rakan marilah kita sama-sama cuci hati kita. Paling senang, selawat ke atas Rasulullah. Ataupun kalau nak ikut petua Datuk Fadzilah Kamsah pun boleh jugak,waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

(Sorry aku tak tau macam mana nak letak proper in text citation kat sini haha) ;p

2 comments:

Haziq Yaacob said...

Bagus.. Saya setuju (Haziq Yaacob, 2010)

hehe :D

Haushinka said...

Terima kasih.(Farihin Haushinka, 2010)