Dalam kesibukan menyiapkan persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri, sesekali aku sempat menjengah ke kaca televisyen. Antara rancangan yang sempat aku intai seketika adalah sebuah program raya rakaman yang disiarkan di stesen televisyen swasta. Perhatian aku agak tertumpu ketika artis-artis dalam rancangan tersebut saling bertanya tentang juadah raya kegemaran masing-masing ataupuan juadah yang mereka tidak sabar untuk makan pada pagi raya. Rata-rata daripada mereka memberikan jawapan seperti rendang, lemang, kuah kacang, ketupat palas, kuah lodeh dan sebagainya.
Aku tersenyum sendirian.
Aku tak dapat bayangkan jika aku diajukan soalan sebegitu di kaca tv. Pasti ramai yang ketawa di atas lantai berguling-guling sehingga bontot tercabut . Ataupun mungkin ada rahang-rahang yang bakal terjatuh kerana kehairanan dengan jawapan aku.
Ha cuba teka juadah apa yang aku suka makan masa pagi-pagi raya? Kalau kau dapat jawab, aku bagi duit raya weyh!
Biarpun meja dipenuhi dengan rendang, serunding, kuah kacang berbagai. Biarpun aku akui rendang nenek aku the best dalam dunia ni. Biarpun aroma kuah kacang menerawang segenap ruang. Biarpun bumi terbelah dua....
Juadah pertama aku di pagi raya adalah...
Tadaaaa! Haha apebenda tuh?
Mungkin agak hodoh ya rupa makanan di atas.-_-
Nanti aku upload gambar lain lah ye.
Ia adalah ketupat atau nasib himpit yang dimakan bersama kicap. Kicap bukan sebarang kicap, kicap mesti cap kipas udang. Kalau kipas lain takda umphh! Pagi-pagi raya aku melantak benda ni dulu weyh, benda lain aku pandang kemudian. Tak hidup raya aku tanpa ketupat cicah kicap ni.
Ramai yang bagitau aku, baik makan nasi dengan kicap je weyh.
Weyh, serious lain “feel” die weyh. (Weyh, kenapa banyak betul “weyh” aku ni, weyh??).Ditambah dengan suasana raya, ketupat dengan kicap ni jelas dapat menggegarkan jiwa!
Nak lagi best, lepas melantak benda ni, teguk air soda long chan. Kau tau tak air long chan tuh hape? Kalau tak tau, lain kali je lah aku cerita. Orang Melaka je yang layan air long chan nih. Haha.
So, nanti bila aku dah kahwin, sorry lah ya encik bakal suami dan puan bakal ibu mertua kalau saya tak masak rendang untuk raya. Saya makan nasi himpit dengan kicap je dah cukup. Hehe.
Gurau je nyah! Aku still suka rendang jugak okay! ;D
7 comments:
haha, ini 1st time orang jadikan KICAP sbgai kuah ketupat.
nanti aku nak cuba oit!
haha, air soda long chan?
serius kau kena bagi aku rase. :D
haha~ air long chan kt mak cik cafe banyak kott! mesti cobe! ;D
ni resipi tradisi ke mmg kau je yang minat makan nasi impit dgn si kicap tu? pelik gile lah!! haha
biasa aku jumpe makan ketupat ngn kuah kacang,kuah lodeh or rendang..
pernah 2 3 kali tjumpe makan ketupat dgn lauk kurma..
tp first time aku tau ade org makan nasi impit dgn kicap CAP KIPAS UDANG!! Hai dunia2..haha
ni citarasa hebat okay.
ketupat dimakan dengan kicap! ;D
haziq, org melaka mmg pelik2. haha
bukan pelik la tapi "extraordinary".
hahahaha ;p
wow, cam supernatural lah ye? hehe
Post a Comment