Friday, November 20, 2009

In Hating Memory of.....AKSES

AKSES.
Ayer Keroh Secondary (Elite) School.

Nama mau gempak.
"Elite" tu menyemak je kot.
Haha
Walaupun sudah hampir tiga tahun aku meninggalkan sekolah elit itu, walaupun aku telah habiskan dua tahun terakhir persekolahanku di sekolah lain, walaupun hati aku kuat mengatakan aku membenci sekolah itu dan, tapi aku tak tau kenapa nama AKSES itu masih terpahat dalam lubuk sanubari aku.

Aku rasa kalau tak disebabkan pentadbiran sekolah tu yang kelam kabut, takkan ada siapa yg ingin meninggalkan sekolah yang terkenal dengan bangunan dan kemudahan serba mewah tu. Pernah sekali ada seorang pelawat datang bertanya:

PELAWAT: Tumpang tanya, ini ke Sekolah Ayer Keroh(dia tak tau short form AKSES)
AKU: Ye,ni lah sekolahnya.
PELAWAT: Oh, yeke? Saya ingat saya dah termasuk dalam istana mana tadi.hahaha
AKU: (Over plak mamat nih memuji haha)





Tapi memang betul pun apa pelawat tu cakap. Aku rasa AKSES la sekolah paling cun kat dalam Melaka nih. KYS pun tak boleh lawan rasanya(except for the auditorium, KYS punya gempak gila and lagi satu AKSES takda swimming pool =p). Bilik guru AKSES ada 4.Semuanya lengkap berhawa dingin, perabot die tak payah cerita la. Macam pejabat hartanah mana je. Bilik mesyuarat guru dah macam bilik parlimen. Bentuk sekolah ni pulak lebih kurang macam stadium, oval shape. So,antara satu blok dengan blok lain bersambung(so korang tak payah nak turun naik kalau nak pergi ke blok lain). Toilet ada berlambak-lambak kt semua penjuru, kalau nak cop sorang satu pun boleh haha. Lab yg giler cun, makmal bahasa yg lengkap dgn headphones, microphones utk setiap plajar, bilik persalinan mcm kt sekolah2 kt US(hehe!), Bilik ERT yg mcm rumah, bilik muzik yg mcm studio jamming(peralatan je xde, biasala duit skola dah kene kebas!).Kalau aku nak cerita kemudahan dan frasarana elit yang ada kat AKSES memang sampai esok pun tak habis.


Masa aku mula-mula menjejakkan kaki di AKSES iaitu pada tanggal 17 Februari 2004(birthday billie joe tu..),





Comel kan?

ok sambung,
aku sangat kagum dan bangga dapat belajar kat sekolah yg gila cun dan gempak ni. Dahla masa tu, jumlah muridnya tak sampai 300 orang.. Bila sekolah besar ada murid sikit, memang senang la nak cari populariti. Memang tak dinafikan, aku boleh dikatakan antara pelajar yang paling famous kat sini. Tanya je mana2 cikgu, semua mesti kenal dengan aku. Bukan nak berlagak la kan, tapi murid tak ramai, jadi bila kita ada kelebihan sikit, cikgu-cikgu akan mudah bagi perhatian. Aku tak boleh lupa masa aku berada di tingkatan 1 Alpha dulu. Aku dengan Mandy buat proposal untuk tubuhkan cheerleading team untuk disubmit kepada pengetua, Encik Mutalib yang kami panggil Baggy(jangan marah ye?)=p. Malangnya, proposal kami ditolak kerana tidak mempunyai jurulatih tapi aku cukup tak sangka pengetua boleh puji proposal tu masa mesyuarat guru. Bangganya tak terkira la...nama memang naik la masa tu. (populariti meningkat lagi!). Aku nak berterima kasih la kat Cikgu Hisham sebab dia la yang ajar aku buat proposal tu(terlambat sangat ke nak ucap terima kasih? hehe).


Dalam tahun 2004 juga, aku participate dalam State Level English Drama Competition. Menang first prize tu! Siapa sangka budak form 1 boleh kalahkan budak-budak lain. Tajuk drama masa tu "Princess of Gunung Ledang the Remix". Aku mainkan watak dayang dan genie. Cikgu Norma dgn Cikgu Juana yang jadi director(haha). Cikgu Hasbi pulak jadi cameraman masa pertandingan tu berjalan. Nak diikutkan, kteorang semua bukanlah pelakon handalan tapi seperti yang aku cakap tadi, murid sekolah tak ramai, jadi disebabkn kteorang nih agak talented, jadi dapatlah menarik perhatian Cikgu utk wakili sekolah.

AKSES memang tempat strategik untuk menjana populariti. Kedudukan AKSES yang berada di Taman Tasik Utama menyebabkan ramai diantara pelajarnya agak berada dan berkedudukan(tapi tak semua, aku ni orang biasa je hehe). Jadi semuanya memang bergaya kalau pergi ke sekolah. Dan semuanya berlawan-lawan siapa yang lagi stylo. Tak kisahlah dari segi jenama bag, berapa banyak button badge kau ada, botol air kau besar mana, stokin warna apa kau pakai, handphone apa kau guna,semuanya sibuk nak menjadi trendsetter.

Aku pun turut terkena tempiasnya, tapi bagi aku antara kawan yang paling stylo pergi ke sekolah ialah Aisya. Selain style,kalau korang ada rupa, otak dan bakat sikit sure boleh jadi famous. Mana taknya, masa tahun pembukaan AKSES, cuma ada tingkatan 1,2 dan 4 je. Bangunan sekolah bentuk oval, kau pergi mana2 asyik jumpa orang tu jugak, kalau pertandingan apa2, balik2 muka tu juga yang bertanding. Kalau buat hal sikit pun, lagilah, dalam sekelip mata semua orang tau.

Nama kau anytime boleh kena blacklist. haha

AKSES sekolah baru. Walaupun aku tak berapa suka dengan pengetua(Baggy), tapi aku puji dengan cara dia. Dia sentiasa inginkan pembaharuan, inovatif dan tidak streotype. Dan dia juga menghargai pelajar-pelajar AKSES(tapi bukan dalam smua perkara...errr..). Masa dia jadi pentadbir, mesti ada hari penyampaian hadiah tapi sejak bertukar tangan ke Miss World(pengetua baru), ataupun ada yang panggil dia Mak Cik Kantin,( ape2 jela nama kau), hari penyampaian hadiah tak pernah ada! Aku malas nak cerita panjang pasal Miss World, cukup la korang tau kewujudan dia (wujud la sangat kan..).



Aku masih merindui AKSES. Kerana terlalu banyak kenangan yang aku lalui di situ. Disitulah terciptanya, "Evil Angel", disitulah bermulanya aku menjadi pelakon tetap untuk pertandingan drama setiap tahun(haih..kenapa aku tak ambik Masscomm je kan sekarang), disitulah berputik nya perasaan aku kepada seorang senior yang kemudiannya telah berpindah ke sekolah lain. Tak payahlah aku bagitau nama dia kan.

Satu dunia dah tau.

Walaupun "crush" aku dah pindah, tapi aku tetap bersemangat untuk meneruskan langkah ku di AKSES kerana aku masih mempunyai rakan-rakan yang sempoi dan gempak.
Hari-hari aku di AKSES sentiasa bersinar dengan member-member yan gila dan psycho mcm diorang iaitu, Affifah, Aisya, Sabriena, Alia,Tyra, Kate, Wanie, Ahrthyh, dan Mimi. Kteorang memang selalu buat kecoh kat sekolah, cari pasal dengan cikgu, cari pasal dengan senior..haha..memang best! Aku ingat lagi masa kiteorang berperang dengan senior dengan menconteng belakang pintu tandas. Hari-hari bila pergi tandas, mesti ada kata-kata kesat dan tidak berapa nak "educated" dilemparkan. Kekurangajaran setiap manusia terserlah. haha
Yang kelakarnya, bila cikgu-cikgu mula campur tangan pasal hal tu(ntah siapa la yang report ye?) mengelabah senior-senior sekelian padam contengan-contengan diorang. Alih-alih aku tengok pintu toilet dah bersih je dari kekurangajaran perkataan yang diorang conteng.
Yang tinggal cuma contengan-contengan yang kiteorang buat je.
Konon-konon kteorang jelah yang bersalah?
Hello, kalau takda angin masakan pokok bergoyang?
(Ape kes tiba-tiba ada peribahasa pulak nih)
Kecut jugak ye, kamu-kamu senior sekalian pada gertakan cikgu-cikgu handalan?
Haha
Okaylah, tu cerita lama ok?
Tutup buku.
Kalau tak boleh tutup, bakar je.

Anyway, aku rasa benda yang plg best sekali ialah masa ada manusia-manusia cuba utk menggugat populariti clique Evil Angel. Geng yang mnamakn diri mereka "Belia Benci Gedik(BBG)" merupakan antara clique yang sgt tak puas hati dengan kteorang. Haha orang famous mcm ktorang mmg la ramai orang jealous..ooops!
Kenangan paling brmakna buat clique Evil Angel ialah berjaya mengalahkn clique "nerdy" BBG dlm final match Captain Ball dengan jaringan 15-9. Masa tu kteorang semua lengkap berjersi ungu yang kteorang tempah awal2 lagi sebelum perlawanan. Jersi aku yang bernombor 10 (tapi posisi pertahanan) masih elok lagi kusimpan sebagai kenangan. BBG memang tak puas hati dengan kemenangan kteorang yang sgt berprestij tu (cehh..!) dan mereka tak henti2 attack kteorang. Hello who are you to stop us from being popular? Jerks! (Mandy jgn maraaah..ni citer lame kakaka... Ko sesat kat clique tu sebab kt clique aku ade affifah kn?=p)Haha

Selain tu,cikgu-cikgu pun suka attack kteorang semua dek kerana kenakalan yang dahsyat tapi kteorang buktikan yang kenakalan yang kteorang miliki bukan sembarangan. Kami nakal bergeliga. Buktinya masa PMR, keputusan semuanya gempak, semuanya dapat 5A,6A,7A dan 8A.
Takda yang kurang daripada tu. Dan aku sentiasa harapkan kami akan sentiasa bertahan menjadi permata AKSES.

Tapi pada pertengahan Tingakatan 4, disini aku berdiri(ceh wah..), di sebuah sekolah yang sungguh jauh untuk menjadi se"elit" AKSES, SMK Munshi Abdullah. Walaupun mempunyai rekod keputusan yang cemerlang dan berprestij, tapi ia sukar memadamkan memoriku di AKSES. Aku tak pernah terfikir untuk berada di sini. Tapi ada sesuatu di AKSES yang telah mengecewakan aku dan aku mengambil keputusan untuk berpindah mengikut langkah rakan-rakanku yang lain seperti. Evil Angel tidak lagi bernafas di AKSES.


AKSES, i miss the old u!

No comments: