Wednesday, November 25, 2009

Aku, Aisya, The Box dan Remy Ishak

Aku dan Aisya ada date harini.
Oleh sebab ketiadaan dan ketidakwujudan teman lelaki, maka kami pun berdating lah sesama sendiri.
Ya, ia sungguh menyedihkan sekali dan jangan sekali-kali melabelkan kami sebagai lesbo ya kerana kami masih lagi menaruh perasaan pada kaum Adam. haha.
MBO sangat-sangat ramai orang walaupun harini hari Selasa.
Kata Aisya, mungkin sebab cuti sekolah kot.

Aisya sebenarnya nak tengok filem Couples Retreat, sekali belum tayang lagi daaa.
haha. Aisya kata Couples Retreat best gila and lucah gila.
(Sejak bila pulak Aisya suka yang lucah-lucah ni ye?)
Aku pulak nak tengok 2012 tapi Aisya dah tengok lah pulak.
(Dan sejak bila pulak Aisya pandai tengok cerita-cerita action dan science-fiction ni?)
Kiteorang berbalah nak tengok movie yang mana satu macam nak selesaikan masalah ekonomi negara korang tau. Rasanya soalan calculus masa final exam haritu lagi senang daripada nak pilih nak tengok movie yang mana.

KAKAK MBO: Selamat tengah hari,nak tengok movie ape?
AKU : Pisau Cukur!
AISYA : Pisau Cukur??! Tak nak lah.
(Sejak bila pulak Aisya tak reti nak tengok cerita-cerita "gadis" ni?)
AKU : Ya? Kenapa? Bukan kita dah bincang ke tadi nak tengok Pisau Cukur?
KAKAK MBO: Pisau Cukur pukul 5petang dengan 8 malam ye.
AISYA : Tak mau lah! Tengok The Box lah. The Box ada yang pukul 12.30 kan?
AKU : Okay. The Box.
KAKAK MBO: Pilih tempat ye. Warna Hijau kosong.

Aku rasa nak tersembur je ketawa kat situ. Semua seat hijau beb!
Ada dua tiga je yang merah. Dahla tiket RM5 je.
Gila tak laku filem nih.
Pelakon boleh tahan hot. James Marsden, Cameron Diaz. Cuma aku rasa Cameron Diaz terlalu tua untuk jadi bini James Marsden dalam movie tu.
Dahla diorang kiss habis-habisan masa ending cerita tu.
Cis!

Overall,movie The Box ni boleh diterima pakai la cuma cerita ni banyak menguji pemahaman, penghayatan dan cara kau berfikir sebenarnya. Seperti kebiasaan, ada jugak beberapa babak yang tak berapa nak ada logika. Tapi aku serious tak puas hati dengan ending dia. Kenapa director dia buat ending macam tu,macam takda jalan penyelesaian lain pulak. Bukan ke dia dah dapat satu juta dolar, kalau anak dia dah buta, buat je la operation tukar mata.And pasal hilang pendengaran tu no hal la, boleh guna hearing aid. Kenapa dia perlu bunuh bini dia untuk tukarkan roh bini dia dengan penglihatan & pendengaran anak dia tu? Takkanlah semata-mata sebab dah ada orang lain tekan button The Box tu bini dia mati. Ingat hal hidup mati ni kat tangan kau ke?Saja je nak bagi penonton tak puas hati kan? Tension aku kalau tengok movie macam ni.
Ceh,,emotional pulak aku tiba-tiba.
Padahal bayar tiket RM5 je kot tengok cerita ni. Nak mengamuk lebih pulak apa kes kan?
Haha.
Mungkin aku kena kaji movie ni balik, kenapa dia buat ending macam tu.
Mungkin ada beberapa scene aku terlepas pandang.
Nanti-nantilah ye aku buat review pasal movie ni.

Selepas habis menonton filem The Box yang mengecewakan itu. Aku dan Aisya bersepakat nak menyeberangi lautan kenderaan untuk ke Jaya Jusco. Mula-mula tak nak guna jejantas tapi bila difikirkan para pemandu yang bakal memaki hamun dan mencarut kami yang sesuka-hati nak mengharung arus trafik yang sesak padahal jejantas gah dibina oleh kerajaan Melaka, kami mengubah fikiran.
Naik jelah jejantas tu. Boleh kurus sikit!
=D

Setibanya di Jusco, tempat pertama yang disinggahi ialah Secret Recipe.
Perut aku dan Aisya dari tadi dah mengeluarkan irama disco dan trance minta diisi.
Mozarella Baked Fish.
Grapetiser.
Mesti cobe! (bak kata Sheila Mambo dalam iklan Planta)
Melayang duit aku RM30 semata-mata makan sekeping ikan yang disaluti cheese dan air anggur sparkling.
Never mind.
Sekali-sekala, dua kali dua kala


Mmmmm.....

Seterusnya kami meneruskan langkah ke kedai buku Popular.
Aisya seperti biasa nak cari novel-novel cintan terbaru dan aku pun turut serta terhegeh-hegeh nak mencari novel Ahadiat Akashah, "Kasyah Lagenda Berakhir".
Rasanya novel tu dah lama keluar kot cuma aku je yang tak berkesempatan nak baca.
Sampai sekarang aku tak tau kesudahan hidup Kasyah. Sebelum ni aku dah baca Lagenda Budak Setan dan Katerina. Tapi Kasyah Lagenda Berakhir nih memang tak pernah aku sentuh lagi. Sungguh kasihan sekali.

Dan sedang aku dan Aisya mengatur langkah menuju ke Popular, pandangan kami sama-sama terpaku ke arah seorang lelaki yang duduk di kerusi di tepi kedai Popular itu.
Aisya siang-siang lagi mengagumi ketampanan lelaki itu.
Aku pulak tergamam dan terkesima.
Tiada kata-kata yang yang mampu aku lafazkan.
Jantungku bagaikan tidak berdegup.
Roh aku bagaikan keluar dari jasadku seketika.
Hatiku menjerit, "REMY ISHAK!!!"
anyway, gambar disebelah ni bukanlah gambar yang aku capture ye. Aku google je. (Anyway kesian kat perempuan sebelah Remy ni, kena pangkah muka die haha.)
Anyway, aku serious ingat aku dah ternampak Remy Ishak kat Jusco tadi.
Haha.
Aku dengan Aisya tak keruan duduk dalam Popular lama-lama.
Asyik teringatkan Remy Ishak look-alike je.
Balik-balik tanya "eh, Remy Ishak tadi still ada kat luar tu tak?"
Haha. Gila fanatik.
Gila kentang.

Sambil menuju ke kaunter bayaran, kiteorang tak berhenti-henti cakap pasal Remy Ishak look-alike yang berada di luar kedai buku Popular itu. "Remy Ishak" masih berada di kerusi tempat mula-mula kiteorang nampak dia tadi. Hatiku yang mula berbunga tiba-tiba hatiku berkecai bagai kaca jatuh je lubuk apabila melihat dia sedang asyik bermain dengan dua orang kanak-kanak lelaki.

AISYA: Farihin, dia dah ada anak! "Remy Ishak" dan anak-anaknya!
AKU: La...dah ada anak. Hmm lantaklah. Mula-mula nampak tadi macam Remy Ishak sebijik. Tak berkelip mata kita dibuatnya. Ingatkan jumpa Remy Ishak betul tadi. Tapi sekarang bila tengok betul-betul, dah tak berapa nak rupa Remy Ishak sangat la pulak.

Aisya hanya tertawa kecil.
Rupa paras lelaki tadi bila diteliti betul-betul, takdahlah rupa Remy Ishak 100%pun. Aku je exaggerate terlebih-lebih haha. Anyway, dia tetap hensem gila dan aku tak tau kenapa aku tak boleh berhenti bercakap pasal dia (dengan kuat pulak tuh, kenapalah volume suara aku tak boleh nak slow down sikit) sampaikan aku tak perasan yang berkemungkinan kakak yang sedang beratur depan aku ni adalah bini die!
Shit!
Macam mana aku boleh tak perasan budak-budak tadi dah masuk dalam Popular dan mengerumuni kakak yang beratur depan aku nih?
Sah, sah la tu bini dia! Yang budak-budak tu anak diorang.
Nasib baik Aisya sempat sedarkan aku, kalau tak lagilah aku membebel-bebel pasal kehenseman balak tuh.

Aku tak tau mana nak sumbat muka aku masa tu. Memang malu gila sebab syok kat laki orang lepas tu pegi puji lebih-lebih depan bini dia! (belakang bini dia actually, sebab dia beratur depan aku dengan Aisya hehe).Tapi akhirnya aku dapat menghela nafas lega kerana aku terdengar budak-budak tadi memanggil "Remy Ishak look-alike" tadi sebagai "pak cik".
So, budak-budak tu bukanlah anak-anak dia dan kakak depan aku tadi bukanlah bini dia dan dia belum kahwin lagi la kan?
Hehe.

Pheww!! Hilang sebentar kekagetan aku.
Takut jugak kalau kakak tu seligi aku sebab puji laki die lebih-lebih.
Nasib baik bukan laki kau!
Bikin malu aku je syok kat laki orang.

Tapi, bila aku fikir-fikir balik,
manalah tau kakak depan kiteorang tadi janda ada anak and si Remy Ishak look-alike tu boyfriend kakak tu?
Atau memang Remy Ishak look-alike tu laki kakak tu dan budak-budak tu anak tiri dia sebab tu diorang panggil pak cik?
Kalau betul la, memang malu habis aku.
Shit!

Kenapalah muka kau mesti macam Remy Ishak.

No comments: