Sunday, October 25, 2009

An evening. an escape. an excitement. Sebuah kisah selepas SPM.

Sekitar November 2008.

Tanganku pantas menggapai phone buruk Nokia 2600 classic dan menaip message kpd Acu.

Inn : Acu petang ni ni tolong hantar Inn pegi swimming.
Acu : Kat mane? Biler? Dengan siapa?
Inn : Inn sorang. Pukul 4.30. Kat Bukit Beruang. Dekat dgn MMU tu.
Acu : Ala Acu nak tido la.
Inn : Ala pleaaaase Acu! Hantar je. Balik Inn ikut kawan Inn.
Acu : Ok.
Inn : Thanx!


Phone buruk masih tak dilepaskan dari genggaman. Tanganku pantas menaip message kpd Anne.

Inn : Anne, balik nnt I ikut u tau cos I xde transport. Tak kisah la u
naik motor ke, kereta kebal ke. hehe
Anne : I naik motor lah.


Aku iyakan sahaja.
Walaupun jauh di sudut sanubariku aku mmh kecut naik motor. Tak taulah kenapa.
Konon2 simpan angan-angan nk bawak superbike.
Motor biasa pun tak lepas
Bonceng pun takut.
Gila hampeh.

Petang yang dinantikan tiba. Acu smpai di rumah pukul 4.40. Dah agak dah mst dia tak punctual.
That's why aku cakap aku nak pegi pukul 4.30 walaupun sbenarnya aku janji dengan Anne nk pegi pukul 5.
Hehe.
Aku tiba di swimming pool tepat jam 4.50. Orang tak ramai.
Pelik. Harini hari Sabtu, sepatutnya ramai orang.
Cuma kelihatan beberapa orang gigolo yg sedang mempamerkn tubuh badan di tepi pool.
Dan beberapa orang budak hingusan yg sedang mengikuti kelas renang.

Aku terus melangkah masuk dan membayar rm3 kepada orang yg berkenaan.
Aku teruskn langkahku ke tempat meletak beg…eh..tmpt menggantung beg sebenarnya.
Terus buka baju kt situ. Malas nak msuk dalam bilik mandi.
Lantakla. Swimming suit aku dah siap pakai kt dalam.
Dari ekor mataku, aku dapat rasakan beberapa gigolo tadi sibuk memerhatikan aku mmbuka baju.

Ala bukan nampak apa pun.
Aku dah siap pakai swimming suit.
Oh yeah, terlupa pulak swimming suit aku agak sexy.
Kedengaran juga suara gigolo2 berbulu dada tadi bersiul-siul pada aku. Malangnya aku tidak hiraukan.
Diamlah kau! Kau tak cukup hot untuk buat aku cair kat kau!
*Evil evil.*

Aku terus masuk bilik mandi dan basahkan seluruh pelusuk badan. Errr cm agak lucah pulak ayat ni.
Okay, aku basahkan badan dan buat stretching2 sikit. Takut kalau cramp masa swimming nanti. Pernah suatu ketika tu kaki aku cramp kt tgh2 swimming pool. Dahla masa tu kat area 7ft. Nasib baik ade seorang pemuda cina yang baik hati (dan hot!!!) perasan aku hampir lemas dan die tarik aku ke tepi pool.

Aku terus menggapai goggle Speedo ku yg kusayangi dan terjun ke dalam pool.
Shit!
Aku lupa nk pakai sunblock.
Matahari boleh tahan bersinar cerah petang tu.
Habis sunburn badan aku. Berbelang-belang la nmpknya.
Lantak la. Kalau orang tanya, cakap je aku pergi tanning.
Muahaha.

Pukul 5.05 mcm tu Anne sampai.
Anne pun mengundang pandangan gigolo2 di tepi swimming pool tu.
Tak taula Anne perasan atau tak. Haha.

Anne : Ala takde hot guys ke untuk diusha?
Inn : Mcm takde je. Tak ramai orang la hari ni. Selalu hujung minggu ramai orang. Boleh tgk org make out in the pool. Haha Dahsyat tau.
Anne : Serious?
Inn : Sometimes I tgh berenang, tiba-tiba tengok ade couple main "gesel-gesel" kat dalam air. Masa tu risau jugak lah I kalau tertelan sperma.
Anne : Haha. Takkan la smpai penetrate kot.
Inn : Ada satu hari tu, I nmpk ade sorang perempuan ni gigit nipple balak die. Terkejut jugak la mse I tgk tu. Sebab tiba-tiba je.


Aku dan Anne menyusur disegenap pool tu. Walaupun Anne agak takut dgn tempat dalam, aku tetap memaksa dia ke area 8ft. I called her hydrophobic.
Dan kiteorang mula bercerita pasal Bio dan Kimia..or Chemis or Chem or whatever.




Bla bla bla...

Kiteorg tidak banyak berenang sebenarnya. Kteorang lebih banyak mnghabiskan masa tersadai di tepi2 pool dan bercerita. Gossip. Haha.

Inn : Smlm, knapa u tiba-tiba interested pulak dgn gambar that bloody slut?
Anne : Takdelah. That slut suka post bulletin kat friendster tau pasal sepet, sepet, sepet. I guess sepet tu boyfriend die lah. So, I tengok la photo album die to see her bf's pic. Tak sangka hodoh giler boyfriend die. Gelap2, pendek2, tak hensem, muka mcm gila sex. Haha.


Aku tergelak.
Anne ulang balik apa yang aku describe kn xxxxxxx semalam.
Gelap2, pendek2, tak hensem, muka mcm gila sex.

Setelah puas berenang-renang tak tentu hala. Aku dan Anne naik dari pool.
Kteorang mandi dan tukar baju.
Rambut aku keras mcm kena wax.
Gila banyak chlorine die ltak dalam air swimming pool nih!
Nasib baik bawak conditioner Sunsilk. hehe

Dan saat yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Membonceng motor. Haha.
Tadi ms kt rumah nenek aku tanya aku balik naik ape.
Dengan muka innocent aku ckp bapak Anne yg hantar. Padahal bapak Anne tak de kt melaka pun.
LOL. I don't want to mention about this naik motor stuff.
Memang die pancung kepala aku!
So, kalau tak nak mati cepat, baik tak payah cakap la kan. Play it safe, bby! =p

Anne : Kte tak payah pakai helmet dlu lah eh sebab nk cari goreng pisang dulu.

Oh yeah baru teringat, sejak dari dalam pool lagi Anne dah ckp die mengidam mkn goreng pisang haha. And I know the best spot for goreng pisang in Bukit Beruang.
Aku gagahi tulang-tulang ku untuk duduk di atas motor. Dan Anne memecut.
Ahhhhhhhhhh!!!! Anne, this is my biggest fear!
Dahla tak pakai helmet haha.

Nasib tidak menyebelahi Anne, gerai goreng pisang yang aku maksudkn itu dah tutup.
Pisang dah habis agaknya. Kihkih.
Dan sepanjang jalan menuju ke jalan besar, tiada gerai menunjukkan yang mereka menjual goreng pisang.
Kesian Anne.
Setelah helmet dipakai, Anne memecut laju ke jalan besar.
Southern Fried Chicken, MMU, Ixora ditempuhi.

Inn : Kat traffic light IPK nnt belok kanan tau.
Anne : Okay. Eh uuu..
Inn : Yea?
Anne : Rumah u dekat tak dengan MITC?
Inn : Klau naik motor or keta dekatla, jalan kaki mmg jauh.
Anne : Haha. I nk bli mee rojak la dekat food court MITC.
Inn : Okay je.


Setelah traffic light menunjukkan lampu hijau. Anne memecut terus (tak jadi nk belok kanan sebab nk pegi MITC dulu hehe). Aku kehairanan bile Anne mention pasal foodcourt MITC sebab aku tak pernah tahu kewujudannya.
Dan bila sampai di tempat yg dimaksudkan.
Barulah aku faham.

Inn : Anne, ni kedai Subaidah la.Patutla I mcm heran kenapa la
tak tau kewujudan foodcourt MITC rupanya u slh bagi name haha.
Anne : Manala I tahu nama dia.
Inn : Haha.okay2.


Anne park motornya dengan penuh bergaya. Bila aku nak turun dari motor, tiba-tiba aku rasa lain mcm. Basah.
Takkan la period.
Aku cari mana puncanya.
Holy fuck!
Beg yang aku pangku td basah.
Plastik yang aku letak swimming suit yg basah tadi bocor agaknya.

Inn : Anne, seluar I basah! Mcm kencing!
Anne : Haha takdelah. Kalau kencing tak basah mcm tu. Tp mcm
mana boleh basah? U tak letak baju dlm plastic ke?
Inn : I letak dlm plastic la. Bocor kot. Lantakla.


Aku terus mengangkat punggung dari seat motor dan tiba-tiba kaki aku trlanggar sesuatu yang panas. Ahhh! Masak kaki aku
Shit!
Kaki aku kena ekzos motor.
Inilah balasan menipu nenek aku. Kat dunia lagi tuhan dah tunjukkan.

Anne : U ok ke?
Inn : Ok kot. Sikit je. Eh u seluar I basah giler la. Tak nak la masuk.
Anne : Ala masuk la. Tak nampak sgt pun. Cover la dengan beg.


Aku akur. Aku cover kebasahan seluar aku dengan sling bag radioactive aku
yg uzur.
Tekepit2 aku jalan nk cover kebasahan tu.
Smpai di dalam restoran, Anne order mee rojak, aku order ice.
Bukan ice syabu ok? Ice air batu.
Aku rasa kulit aku sgt melecur akibat terkena ekzos motor.
First time kena.
Menyesal pakai shorts.
Segelas ais mamak tu bagi kt aku. Bapak ah.
Aku ambil seketul dan tekapkan ke kulit kaki aku.
Ah, sikit je ni..merah je.
Ice tersebut di charge sbanyak 20 sen. Anne blanje. Hehe. Thanx.

Semasa kteorang smpai ke motor. Ade seorang mamat hot lalu.
Omg! Putih2, tinggi2, hensem, muka tak gila sex. Perfect.
Dan keadaan seakan-akan memahami, helmet Anne jatuh bergolek-golek dan trus bergolek….
Smpai ke kaki balak cun tadi.
Anne said sorry and he smiled. Dan trus tolong angkatkan helmet.
Yo! =D



Okay stop.






Kami terus menyambung perjalanan menuju ke rumah aku di Ayer Keroh Heights.
Berpusing-pusing Anne mencari jln keluar. Hari semakin gelap.

Inn : Anne, tak jadilah hantar I kt kedai gambar, hari dah gelap lah. Takut nk jln kaki bila balik nanti.
(Plan A: Suruh Anne hantar aku kt kedai gambar sebab aku nk ambik gambar yg aku hantar cuci semalam. Lepas ambik gambar2 tu, aku jalan kaki balik ke rumah. So, nenek aku takkan tahu aku balik naik motor)
Anne : Ok. I hantar terus rumah u ok?
Inn : Tapi u hantar kat lorong lagi satu. Nanti I tunjukkan.
(Plan B: Suruh Anne hantar aku kt Lorong 3, walaupun sebenarnya aku tinggal dekat Lorong 5. So, nenek aku takkan tahu aku balik naik motor.)


Motor Anne menyusur laju di depan Ibupejabat Polis Kontinjen Melaka.
Dan tiba-tiba punggung kami melompat.
Blup!
Bodoh.
Bump tu takde line2 kuning. Lampu jalan pulak mcm cilakak.
Serius tak nmpk kewujudan bump tu.

Anne : Kat sini ade lampu mcm takde lampu.
Aku tergelak.
Inn : Anne, kat depan tu ade bump lg tau.
Anne : Kat mane?


Blup!
Punggung kami melompat lagi.
Anne dah pun melanggar bump tu.
Sepanjang perjalanan nak menuju ke rumah aku, banyak bump yg tidak mempunyai stripe2 kuning yg telah dilanggari Anne.
Dan mulut aku tidak berhenti-henti menjerit "bump!" di telinga Anne di saat-saat aku mengesan kewujudan bump tidak berline kuning itu.

Hari semakin gelap. Anne menyusur jalan di Lorong 3 dan nasib agak baik bump2 disitu tidak kepupusan, tidak ketandusan dan tidak kegersangan dengan cat kuning.
Bump dapat dilihat sebatu jauhnya. Tapi disebabkan dah terbiasa, suara aku tetap melontarkan perkataan "bump" itu.

Inn : Anne, bump!
Anne : Kalau bump mcm tu tak nampak, melampau la.
Inn : Haha.


Akhirnya kiteorang selamat tiba di persimpangan lorong 3, 4 dan 5.
Aku terus melangkah menuju ke rumah.
Sampai2 je di rumah, aku terkejut beruk.
Wan Long, Wan Lang aku smua ade.
Adehh…habisla aku.
Kantoi aku balik maghrib2. Dah la dengan seluar pendek.
Tapi diorg mcm buat tak kisah je dengan aku yang time maghrib baru nk balik rumah ni.

Aku salam diorang dan diorang tak kata apa-apa pun.

Inn : Dah lama sampai dari KL ke?
Wan Long : Wan Long dah nak balik dah ni. Tadi pegi tempat
lain dulu lepas tu singgah sini kejap je.
Inn : Ohh.
Wan Long : Ko pegi kelas swimming ke atau saje2 jr pegi swimming?
Inn : Saje-saje je. Tapi practice jugak utk masuk
tournament tahun depan
.

Cehh…penipuan yang besar.
Aku nak cover je sebenarnya sebab aku dah balik time maghrib.
Konon aku pegi swimming tu dengan penuh wawasan la kan. Hahaha.

Aku terus ke bilik mandi. Badan aku masih bau chlorine.
Dan time aku mandi tu la aku perasan, kaki aku yg trkena ekzos td dah berubah
warna.
Warna lebam.
Ah, tolong la jgn kantoi.
Harap2 takda org yg perasan warna kelebaman tu.
Lepas mandi, aku belek2 kaki aku.
Ni bukan warna lebam ni, tapi warna hangus.
Kalau nenek aku perasan, ape aku nk cakap?
Terkena minyak panas?
Unggun api?
Lighter?
Api satay?
Ah… tak perasan kot.
Kecik je..

Diameter lebih kurang seinci. Tapi warna mmg giler hangus la. Haha
Aku sapukan vitamin E oil pada bahagian yg hangus tadi.
Hopefully cepat baik dan tak da orang yang perasan.
Aku akan elakkan pakai shorts kt rumah.
Benda tu takde la sakit sangat pun tapi nak mengcover nya daripada dinampak orang tu yg masalah dan payah.

Ada yang aku letak foundation kt situ ni kang.
Ahh jangan risau. Takde org akan perasan.
Ni adalah balasan menipu orang tua. Don't try this at home!
Namun, hari ini tetap exciting sebab dapat naik motor dengan Anne.
Thanx Anne tolong hantarkn I balik rumah. =)
cul8r!



PENGAJARAN DARI KISAH INI:
Jangan tipu orang tua, nanti kaki hangus kena ekzos.

No comments: