Sunday, January 16, 2011

Lagu Rap

Bila godek-godek laptop lama tiba-tiba terjumpa pulak lirik nih.
Tapi aku main bantai je tulis ikut sedap jari jemari. Takda verse verse, chorus apajadah suma tu.

Lirik ni aku tulis masa aku Form 2 (2005) iaitu ketika umur aku masih belasan tahun lagi (nak gebang sekarang dah 20 tahun lah tuuu). Tak percaya tanyalah Puan Sri Affifah Hanie Azlan. Dialah saksi segala saksi bagi penghasilan masterpiece ini.

Cehh 'masterpiece' tak agak-agak.

AMARAN : Lirik ini mempunyai sindiran dan caci-maki yang amat tinggi.


Orang kata cinta itu buta
Tak terkata
Terbelit lidah utk berbicara
Ku tak percaya
Entahlah aku pun tak tahu
Merapu-rapu terkedu kedu
Terus membisu
Bagai ada sembilu
Betapa bodohnya
Bila mengikut nafsu durjana
Lupa sahabat lupa keluarga
Nampak boyfriend terus segar
Dialah the best
Hari-hari sms
Sehari tak jumpa rasa mcm nak mampos
Seminit tak bergayut rasa nak bunuh diri terus
Bil telefon meletup
Mak bapak terduduk, tak sanggup
Mulutpun terkatup
Tak tahu nak buat apa
Nak jaga si anak dara
Hari-hari beli top up
Kononnya credit expired tanpa sebab
Mak bapak tersepit
Anak dating mat rempit
Hari-hari balik lewat malam
Baju dah mcm baju dalam
Lebih baik terlanjang
Kena terajang, dileter panjang
Remaja kita abad ni tidak tahu malu lagi
Kononnya cinta suci
Tubuh badan diberi
Jantan penuh nafsu mula tak sedar diri
Menjamah tubuh
Tak pernah jenuh
Akibatnya tak pula ditanggung
Sudah mengandung
Inikah cinta?
Cinta yang buta?
Atau nafsu yg bertanduk semata-mata?
Jangan jadi bodoh
Masa depanmu terbunuh!

Itulah nafsu cinta buta
Melenyapkan dusta
Membutakan mata
Bukalah matamu
Jangan biarkan ia tertutup
Aku tahu kau tak bisa
melihat dirimu..
Jangan kau terpedaya
dengan cinta yang tuli dan buta
Penuh dusta

Kau yang tiada mata
Otakmu dilutut, imanmu tersangkut
Mulut mula mencarut
Bercium mulut
Teraba tergaruk hingga kemaruk
Pantang duduk mula peluk-peluk
JAIM datang mula cari tempat nak sorok
Menyorok tapi seronok
Apa nak jadi dengan dunia ini?
Dahsyat tak terperi hilanglah seri..

Ke hulu ke hilir, belayar, berakit
Bawa telefon bimbit
Terkepit-kepit
Telefon berkamera nak show off la konon
Macam-macam dimuat turun
Cerita blue ka?
Tak pakai baju ka?
Semuanya ada, lengkap semua
Mulalah merakam adegan
Diri dan boyfriend bercumbuan
Bersekedudukan
Buat benda tak senonoh
Tinggalkan apa yang tuhan suruh
Kenapa begini?
Ini bukan cinta suci lagi
Ini nafsu cinta buta
Tak bermata
Tak berilmu di dada
Tuhan akan murka
Pintu masih terbuka untukmu bertaubat
Sebelum terlambat
Jangan tersesat
Lupakan nafsu cinta durjanamu itu
Lupakan musuh seteru
Tumpu pada Yang Satu
Sujud pada tuhanmu
Moga diberi petunjuk

Jika itu yang kau mahu, Tuhan Maha Tahu
Berdoalah sebelum kau kaku
Pulanglah ke pangkal jalan
Kamu masih disayang Tuhan
Tatkala nafas masih berhembus
Sebelum kau dikambus
Masih ada jalan yang lurus
Tidak pernah tandus
Ingatlah Tuhan itu Maha Pengampun
Tak kira dosa apapun
Asal kau ikhlas da jujur
Menyesali apa yang kau terlanjur
Taubat nasuha itu jalannya
Jangan ditangguh
Lakukannya sebelum kau menutup mata

Buat selamanya....

5 comments:

A.M SuLaImAn said...

Hahaha

Masterpiece x agak ekh?

pale ak ligak, lidah ak tergeliat nak cube melagukan lirik ini, hasilnya, jadi bunyi lagu ana rafalli

-___________-

Haziq Yaacob said...

gilalah..terbelit-belit mata aku baca..hahaha :D

Farihin Haushinka said...

abu: apsal lak lagu ana raffali? ni bkn lagu country. hahaha

haziq: mcm mana mata plak boleh terbelit nih? ni mesti mata kau highlight perkataan2 tertentu je kan? hehe

Haziq Yaacob said...

hahaha..biasalah, mata sampai empat..berebut-rebut nak baca laju2..tu yang terbelit-belit..hahaha

btw, aku tagged ko
http://kuatmerayau.blogspot.com/2011/01/blog-saya-nak-domain.html

Fifi Hanie said...

haa, bru aku prasan,
ADE RHYME SIAL!
agaga.

yg benar,
puan sri affifah hanie azlan