Monday, May 25, 2009

21st Century Breakdown - Expect the unexpected

"Ya, dik?"
"Abang, saya nak album Green Day tuh!", kataku dengan penuh bersemangat tanpa perlu menerangkan panjang lebar album Green Day yang mana satu.

Abang Speedy(Speedy tu nama kedai tu actually hehe)yang berketinggian lebih kurang 5'11" tu tersenyum lebar sambil berjalan menuju ke rak CD-CD yang baru direleasekan. Beberapa hari sebelum ni aku pernah datang ke Speedy dengan harapan nak beli album 21st Century Breakdown- the latest album Green Day has to offer!Tapi malangnya masa tu aku tak cukup duit sebab ingatkan nk beli kaset je, rupanya kaset dah tak wujud dah lagi zaman skarang haha. So masa tu, aku terus lah melangkah pergi meninggalkan Speedy dgn penuh kecewa sebab tak cukup duit.Dahlah, abang tu kata early birds dapat exclusive tshirt. Lagi lah buat aku menggila nak beli album tuh.

"Nah, ni kan?" Abang yang boleh tahan hensemnya (Ok, Billie Joe lagi hensem kot? haha) bertanya sambil menunjukkan CD 21CB.
"Yeap, tshirt ada lagi tak bang?"
"Ada."
"Tshirt Green Day kan?"
"Ha'ah. Macam yang abang pakai nih," katanya sambil menunjukkan tshirt yang tersarung pada tubuh badannya.
Mata aku bulat merenung tshirt tu. Mak aih...hijau florescent. Aku expectkan tshirt hitam.
"Free size ke?" aku bertanya"Ada size. tapi tinggal S dgn L je" jwbnya sambil terbongkok2 membelek helaian2 tshirt yg terdapat dalam almari.
"Emmmm...L lah,, S kecik sangat," sah2 lah aku takkan muat size S. Kalau L terbesar sket pun tak kisahlah kn.
"Ok," jawabnya ringkas.

Setelah membuat bayaran, aku melangkah pergi meninggalkan kedai Speedy tersebut dan akulah manusia yang paling gembira ketika itu.hehe.

Fyi, semalam aku dan Aisya dah round kedai2 CD kat MP untuk beli album 21CB nih.Tapi semua kedai2 yang kteorang pergi, tak ada satu pun yang bagi free tshirt kalau beli album tuh. So, aku pulak yang sungguh cerewet ini, enggan membeli album tersebut di MP semata-mata kerana...........









takda tshirt free.

haha padahal takdela lawa sangat pun tshirt tuh. Speedy buat sendiri rasanya.
Warna tshirt tu pulak boleh bunuh sel otak.
Gila fluorescent.

Tapi bagi aku, itulah strategi perniagaan yang boleh dikatakan agak berjaya.Aku sanggup redah balik pergi Jusco semata-mata nak beli album 21CB kt Speedy.Sebab tempat lain takda tshirt!

Dan oleh kerana terlalu teruja, dalam kereta lagi aku dah "test drive" CD tuh.Pening kepala atuk aku yang sedang memandu dengar lagu punk.Haha.
Ala baru Green Day. Avenged Sevenfold pun atuk dah dengar kan tuk? Metal lagi.hehe(Lagu favourite atuk aku, Beast and The Harlot., huhu takdelah haha).

Sampai kat rumah aku terus meluru masuk ke bilik. Tercarik2 radio lama aku yang dah lama tak dipakai haha.And here we go...PLAY!Oh yeah.. dan sememangnya album Green Day belum pernah gagal menambat hati aku. (walaupun ada 2,3 lagu yang boleh buat aku tertonggeng kebosanan tapi langsung tak mencacatkan album 21CB ni)Lagu demi lagu aku dengar dan Adam, sepupuku yg berusia tujuh tahun turut menyibuk.

"Akak, Adam rasa lagu2 ni sangat best!" jeritnya sambil terlompat2 dan mungkin berfantasi sebagai seorang bintang rock terkenal.haha.
Lantak kau lah.
Tiba-tiba aku teringat kembali nostalgia(cehh wahh) masa mula2 aku dengar lagu Green Day suatu ketika dahulu.Umur aku lebih kurang macam Adam dan uncle aku sangat2 meminati Green Day dan memiliki beberapa buah album diorang. Haha masa tu lagu2 Green Day sangat comel, sekarang nih diorang dah semakin matang.
Yelah, what do you expect? Billie Joe Armstrong tu dah sama umur dengan mama aku, takkan lah nak nyanyi lagu "punk yang comel" lagi kan?


Setelah track demi track dimainkan, hati aku terlekat dan terus jatuh cinta dengan track ke-16, 21 Guns.Menyentuh perasaan.
Agak jiwang.
Tapi takdalah macam Wake Me Up When September Ends.
Lagu WMUWSE tu macam lagu nak mati.
Jangan marah ya Billie Joe. haha.
(Lagu WMUWSE tu Billie Joe dedicate kn untuk mendiang bapak die, Andy Armstrong yang meninggal pd tarikh 10 september 1982 disebabkan kanser, sedih kn? iskk. Tapi aku tak faham kenapa ramai yang kaitkan lagu ni dengan peristiwa 11 september. Maybe sebab video klip dia kot. haha entahlah.)
Ok back to the song 21 guns.
Dengar2 Green Day nak jadikan 21 Guns as second single. Baguslah.
Mesti meletup2 mcm hand grenade haha.
Lagu lain2 yang best dalam album nih; Viva La Gloria, Restless Heart Syndrome, Before The Lobotomy, Peacemaker, Murder City, Last of The American Girls (Perempuan Amerika Terakhir haha). And dalam lagu American Eulogy: Modern World, korang boleh dengar Mike nyanyi. Bukan senang nk dengar die nyanyi beb, selalu die jadi back up voc je ahah.

Actually kalau korang rajin nak dengar betul2, album ni ada jalan cerita dia. (diorang panggil rock opera. rock pun ade opera, entah hape2 lah diorang ni haha...lantak sama kau lah).
Kalau American Idiot mengisahkan pasal Jimmy dengan Whatsername, album ni pulak pasal Christian dengan Gloria (Christian nama orang okay, bukan christian agama. Ada yang korang kata aku sesat pulak dengar lagu2 agama christian haha (kalau korang fikir mcm tu, memang korang gila retard beb )).
Kalau korang nak tau, lagu2 dalam album nih banyak yg pasal antiwar. So, Billie Joe ni memang seorang yang berperikemanusiaan. hehe.

Keseluruhannya album nih memang best walaupun ada 2,3 lagu yang ok-ok je danada lagu yang seakan2 remake lagu2 lama diorang. Contohnya lagu Peacemaker and intro Viva La Gloria(Little Girl), yg lebih kurang macam lagu Misery (album Warning tak salah). Tapi semua tu bukan kecacatan yang besar. Cehh macam pengulas album kat paper plak.

Album nih layak diberi 5 bintang.
And one thing for sure, Green Day will stay in my heart forever.

No comments: