Wednesday, February 18, 2009

My Name Is....

Berikut adalah nama-nama/gelaran-gelaran yang telah diberikan pada aku dan yang telah aku gunakan sejak aku dilahirkan sehingga ke hari ini.Senarai ini mungkin bertambah jika aku diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini lebih lama lagi. hehe =D

1. Farihin
Ni memang nama sebenar aku. Takda "Nur/Nor", takda "Nurul", takda "Siti".So, jangan pandai2 nak semakkan nama aku ok?. And aku juga sangat bengkek dan terbakar apabila ramai manusia yang suka eja nama aku jd "Farahin". Spell-It-Right okay? F A R I H I N. memang nama ni berunsur kelelakian (yeah tu sbab aku brutal kn? hehe) dan maksud nama ni ialah, golongan orang yang gembira

2. Inn
Nickname or nama timangan aku sejak kecik. Kenapa double N? Nak glamor la konon? Ntah aku pun tak tau kenapa double N. Memang sejak kecik mama aku eja nama tu mcm tu. Family aku semua panggil aku Inn dan ada yang sampai tak pernah tau nama aku sebenarnya Farihin. kejam.

3. Shalin
Masuk je darjah satu, kawan-kawan gelarkan aku Shalin Zulkifli. Masa tu nama dia famous sebab tahun tu ada Sukan Komawel yang first time dibuat di Malaysia. Disebabkan badan aku yang agak debab, member2 smua panggil aku Shalin la. (Shalin Zulkifli tu kn ble tahan depot kn? hehe )

4.Si Montel
Nama ni adalah gara-gara lakonan aku dalam sketsa Si Montel masa darjah satu. Habis hilang nama Shalin aku...

5. Godzilla
Ni lagi satu hal. Dulu masa sekolah rendah,badan aku sangat gemuk dan aku jauh lebih tinggi dari budak lain. Semua budak lain menggeruni aku..hehe.Tapi yang tak bestnya diorang gelarkan aku Godzilla. Dan lagi satu, aku suka cari gaduh dengan budak2 lelaki. Main tumbuk2, belasah2..pastu at last aku nangis.

6. Ene
Sebutan nama ni sama dengan "Inn". Ejaan nama ni direka masa aku dengan member2 aku yang lain menubuhkan kumpulan Cstaz.

7. Budak Teka Teki
Nama ni aku dapat masa aku kt Mozac/SM Sains Muzaffar Syah(sebulan je beb aku tinggal situ ). Waktu prep malam, perempuan dengan lelaki akan main teka-teki. Siapa tak dapat jawab, diorang balik hostel lambat. Selalunya perempuan akan dapat balik hostel dulu sebab teka-teki aku sangat power dan tak mampu dijawab oleh budak lelaki. Akhirnya, diorang panggil aku dengan gelaran nih.

8. Genie
Nama ni aku dapat time aku lakonkan watak Genie dalam drama Puteri Gunung Ledang The Remix semasa aku berada di Tingkatan Satu.

9. Nenek Kebayan
Nama ni pun sering digelarkan gara-gara lakonan aku dalam drama Puteri Gunung Ledang The Remix: The Prequel and The Sequel semasa aku berada di tingkatan 2.

10. Billie-Inn
Yang ni nama mengada-ada . Aku gunakan nama ni masa aku mula-mula buat Friendster account sekitar tahun 2005/2006. Billie-Inn adalah gabungan nama aku, Inn dan Billie Joe, vokalis/guitarist Green Day kesayanganku( Phoefs kata nama ni macam nama anak melayu campur mat saleh )

11. Kerplunk
Aku tak suka nama ni. Tapi nilah akibatnya apabila anda terlalu taksub dengan Green Day. Kerplunk adalah nama album Green Day dan aku gunakannnya sebagai nama aku di Friendster seketika dahulu. Dan ketika itu aku baru sahaja berpindah ke sekolah Munshi. Makhluk2 di sana sibuk menge-add aku dan diorang sangat pelik dengan nama itu. Oleh sebab kepelikan nama itu, sehingaa hari ini mereka memanggil aku dengan nama Kerplunk. (Bukan mereka sahaja, malah sahabat baik aku sendiri, Phoefs pun panggil aku nama tu, sedih betul ). Walaupun sudah lama aku menukar nama Kerplunk itu ke nama lain, namun mereka terlalu teruja memanggil aku Kerplunk.haish.

12. Haushinka
Ramai yang tertanya-tanya, mana aku dapat nama jepun nih. Haushinka merupakan salah sebuah lagu Green Day (Green Day lagi..) dalam album Nimrod. Aku jatuh cinta dengan nama ni dan sehingga hari ini aku masih menggunakannya di friendster, myspace, facebook, vampirefreaks, yahoo messenger, msn messenger dan email aku. Ada jugak beberapa orang member aku seperti Mandy, yang memanggil aku Shinka dan Shannon yang mispronounce it as Ha-sushi-nka. haha.

13. Pah
Ni lagi satu nama yang agak menjengkelkan aku. Beberapa orang manusia gemar memanggil aku dengan nama ini. "Pah" sebenarnya adalah watak yang diberikan pada aku semasa sekolah aku (Munshi) menjayakan sebuah persembahan teater muzikal di Mahkota Parade suatu ketika dahulu. Walaubagaimanpun, watak ini digugurkan dari skrip dan ditukar dengan watak lain. Namun, ada jugak manusia2 yang berdegil seperti Rashidi dan Mukhtarfi yang tetap nak panggil aku Pah.

14. Amoi
"Amoi" adalah watak yang menggantikan watak "Pah" dalam persembahan teater muzikal yang aku sebutkan tadi. Semasa lakonan, aku dikehendaki bercakap menggunakan pelat Cina dan ia boleh dikatakan menjadi. Selain gelaran "Amoi" , ada jugak yang panggil aku "Anak Cina". Apa yang aku boleh rumuskan, banyak gelaran yang aku terima disebabkan watak aku dalam sesuatu drama/sketsa/teater yang aku lakonkan.

15. Farzilla
Antara gelaran yang aku benci. Nama ini diberikan oleh seorang lelaki berambut kerinting (tapi dah rebonding) bernama Asyraf. Dia telah menggabungkan nama aku, Farihin dengan nama Godzilla. Sebagai balasan, aku telah menggelarkannya dengan beberapa nama seperti Asyrinting dan Bunga Asyraf Lestari (sebab die mat bunga beb! huahaha)

16. Indie
Herkkk...nama ini telah diberikan oleh sahabat baik aku sendiri iaitu, Jasselyeria.Tujuan dia menggelarkan aku Indie bukan kerana aku meminati band-band Independent(Indie) tetapi dia sebenarnya telah menggabungkan nama aku dengan nama seorang lelaki that i used to have a crush on. Aku tidak benarkan dan mengharamkan sesiapa memanggil aku dengan nama ni.

17. Kerplunkung
Ini adalah kesinambungan daripada nama Kerplunk tadi. Selain Kerplunkung, ada jugak yang memangil Kappa Planco, Anak Jepun dan sebagainya. Nama-nama mengarut ini kebanyakannya diberikan oleh kaum Adam di kelas Sains Sukan seperti Provehito, Zulhisham dan Salleh (aku panggil dia Budak Kopek Durian haha)

Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Senarai ni mungkin bertambah jika ada gelaran-gelaran baru yang aku temui.

1 comment:

Fifi Hanie said...

name aku pun pah jugakkan?
agaga.
ea,kauingat tak knp kte panggel si salleh tu bdk kopek durian.