Zaman sekarang, kahwin atas dasar cinta, suka sama suka pun
boleh bercerai berai. Orang dulu-dulu kahwin paksa, tapi bertahan sampai ke
hujung nyawa. Hanya ajal memisahkan bak kata orang. Jadi di mana silapnya
generasi zaman sekarang?
Nenek aku pernah cakap, orang zaman sekarang ni baru
bercinta tapi luar dalam kain dah tahu. Dah “puas”. Jadi bila kahwin takda apa
yang istimewa sebab semua dah rasa. Orang dulu-dulu bercinta tak macam orang
sekarang. Lebih tertib katanya.
Macam nenek dan atuk aku pulak, diorang tak pernah bercinta.
Kahwin paksa. Kalau tengok gambar nenek aku masa kahwin pun boleh tau lah
kahwin paksa. Muka masam mencuka, tak senyum langsung. Eh tapi muka atuk aku
happy je. Dapat bini lawa ohhh. :p
Alkisahnya, nenek aku benci sangat dipaksa kahwin dengan
atuk aku sebab masa tu nenek aku dah ada boyfriend. Hewhew. Tapi bila boyfriend
dia datang meminang, arwah moyang aku tolak dengan alasan nenek aku tak boleh
langkah bendul sebab kakak sulung dia (wan long aku) belum kahwin lagi. Tapi nenek
aku cerita, antara sebab lain arwah bapak dia tolak pinangan boyfriend nenek
aku tu ialah kerana dia terlalu handsome.
Haa... terlalu handsome pun tak boleh kaa? Haiya latukkk...!
Arwah moyang aku siap bagi nasihat kat nenek aku lebih
kurang macam, “Rupa paras dia tu akan buat hidup kau terseksa.” Haa apa kes
handsome pun boleh terseksa pulak ni kan. Kalau ikut tafsiran aku, moyang aku
cuba maksudkan yang boyfriend nenek aku tu mungkin boleh mempergunakan
kehenseman dan kekacakan dia untuk tackle ramai perempuan. Macam orang zaman
sekarang jugak lah, asal ada rupa atau ada duit sikit mulalah si jantan durjana
ni nak cari perempuan lain. Bini kat rumah selebet katanya. Chaitt...
Berbalik pada kisah tadi, arwah moyang aku ni berkenanlah
dengan atuk aku ni yang sederhana rupanya dan baik budi pekerti untuk dijadikan
menantu. Nampak tak kehebatan atuk aku? Tak mainlah tackle anak, kita “tackle”
bapak dia dulu. Zaman sekarang ni, anak
dia kau nak tapi mak bapak dia kau tak hormat. Kau fikir kau boleh bahagia
macam tu? Ehh apa ni teremosi. Ahehem. *clears throat*
Walaupun atuk dan nenek aku termasuk dalam kategori kahwin
paksa, masuk tahun ni dah 48 tahun diorang kahwin. Kalau panjang umur, insya
Allah lagi 2 tahun boleh sambut jubli emas wa cakap lu. Paling best nenek aku cakap diorang tak
pernah cakap I love you to each other pun sepanjang berkahwin tapi masih
bahagia. Kalau couple di era modernisasi ni aku rasa tak sah kalau sehari tak
cakap I love you, I miss you, I need you, I wanna fuck you, I can’t live
without you.
Yeye je kata “I can’t live without you.” Lepas break up,
hidup je aku tengok dua-dua ekor.
Anyway, nenek aku pernah cerita dulu ada seorang kawan dia
ni isteri dia meninggal. Lepas 2,3 bulan, dia pun “ikut” meninggal sama. Mengikut
kisah, dia dengan isteri dia semasa hidup memang macam belangkas. Jalan-jalan
sama-sama, pergi fishing sama-sama almost everyday. Memang lah ajal maut di
tangan Allah, tapi seriously aku rasa ini baru betul-betul “I can’t live
without you” punya story.
Nenda dan Datuk-enda. hihi |
Seriously, aku kagum dengan cinta orang dulu-dulu.