1.
TAK FANATIK BOLA SEPAK
Aku tak kisah kalau lelaki nak tengok bola cuma
janganlah fanatik sangat. Ni
kadang-kadang kalau team faveret kau kalah, kau punya kecewa macam kaca
terhempas ke batu. Nak minat bola tu berpada-pada lah. Tak perlu nak
betting-betting, tak perlu jadi orang sasau kutuk player tu tak pandai main lah
tak pandai tackle lah. Cuba kau masuk padang tu, aku nak tengok kau main pulak
terrer tak. Anyway, aku tak kata aku
anti bola sepak eh. Selamanya Harimau Malaya tau.
Elelelelele ahh ohh ohh~
Elelelelele ahh ohh ohh~
2.
LELAKI TINGGI (Bukan lelaki ego tinggi. Errr)
Tak perlu tinggi sangat macam Peter Crouch
(eh tiba-tiba terselit nama pemain bola). Cuma haruslah lebih tinggi dari aku supaya aku
boleh pakai heels dan masih boleh mendongak pandang dia, bukan dia yang
mendongak pandang aku.
3.
SUKA KUCING
Aku tak boleh tolerate dengan orang yang benci kucing ni.
4.
BERJIWA MELAYU
Bukan rasis ya. Berjiwa Melayu, yakni,
tidak malu menjadi Melayu, tidak jijik berbahasa Melayu, tidak jengkel makan
makanan Melayu. Aku memang suka lelaki Melayu walaupun aku tau diorang tak romantik
dan tak berapa nak gentleman. Takpe, aku pun tak romantik jugak. Hihi.
5.
MEMPUNYAI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YANG BAGUS
English GCEO masa SPM sekurang-kurangnya A2,
MUET at least band 4, IELTS band 7. Ok tak, tu gurau. Tak aci menilai kebolehan melalui gred. Tapi menguasai English dengan maha terer tidak
bermaksud anda perlu gedik spiking spikang 24 jam dengan aku. Pandai english
bukan bermakna jati diri Melayu perlu hilang.
Geng “That’s mean” macam dalam video Hanis
Zalikha ni boleh berambus.
Eh maksud saya geng “That’s mean” yang
hensem, sila improve English dan tackle saya.
Dan yang tak hensem pergi berambus.
6.
TAK HISAP ROKOK
Dan tak hisap kok. Kehkeh. Ok, jk.
Serious aku tak suka lelaki yang hisap rokok, tak kisahlah perokok tegar ke social smoker ke. Sebab bau mulut dan bau badan smoker ni tersangatlah busuk, busuk yang tersangat busuk tak dapek den nak gambarkan dengan kato-kato. Hidung ni yolah jadi saksi.

7.
TAK PERNAH ADA GIRLFRIEND (DAN BINI)
Cos that makes us equal. Cehh demand hak samarata lahh konon.
I mean, let's discover new things together lah kan.
Cos that makes us equal. Cehh demand hak samarata lahh konon.
I mean, let's discover new things together lah kan.
8.
SUKA BACA BUKU
Supaya dia boleh share dengan aku benda yang aku tak tahu. And bagi aku, real men read books. Bukan real men watch football. Eh.
Supaya dia boleh share dengan aku benda yang aku tak tahu. And bagi aku, real men read books. Bukan real men watch football. Eh.
9.
PANDAI MASAK
Pandai masak as in bukan masak maggi yang curah serbuk, tuang air panas, tunggu masak tu ya. I mean bukanlah aku tak tau masak sendiri atau pemalas nak masak, cuma aku nak jugak rasa air tangan orang lain. Setahu aku, lelaki masak lagi sedap dari pompuan. Mentang-mentanglah kau lelaki, jangan ingat nak memerintah “go make me sammiches” je kat perempuan. Instead, cakap “let’s make sammiches together today.” Eheheh.

Eh tak, aku tak suka sandwich. Aku nak nasi
ayam Hainan.
10.
TAHU KICKBOXING ATAU MUAY THAI
Supaya dia boleh ajar aku sekali. Then
boleh lah jadi geng bermuay thai hari-hari.
Alololo romantiknyewww |
Dah sampai situ jelah. Kang kalau aku
demand banyak-banyak nanti orang kata, “oh patutlah takda orang nak kat kau, cerewet
nak mampus...” “cerewet macam ni ingat laku ke bla bla blaaa”. Dan ada jugak ciri-ciri lain yang aku tak
nak reveal atas sebab-sebab tertentu. Oh bukan, sebab dah malas nak type. T_T
Aku cuba lari dari cliché ciri-ciri lelaki
idaman seperti “I nak lelaki yang bertanggungjawab, soleh, penyayang, hormat
orang tua, tak tinggal solat yada yada.....”
sebab bagi aku semua perempuan kat dunia ni nak lelaki yang macam tu. Siapa
tak nak lelaki yang sempurna atau hampir sempurna kan? Of courselah aku suka. Tapi
bagi aku, ambik cermin tengok diri sendiri dulu lah. Diri sendiri pun banyak kekurangan, takkan nak expect
perfection dari orang kan?
Hambik kau kena ceramah dengan aku. Mesti
nyesal baca blog aku ni. Hewhew.
Apapun entri ni ditulis suka-suka sahaja.
Aku cuma cerita aku cenderung untuk suka kat lelaki yang macam mana. Aku
bukanlah memilih sangaaaat.
Eleleh, yeke tak memilih.
Elelele ahh ohh ohh ohh~