Friday, July 6, 2012

Dulu dan Sekarang


Zaman sekarang, kahwin atas dasar cinta, suka sama suka pun boleh bercerai berai. Orang dulu-dulu kahwin paksa, tapi bertahan sampai ke hujung nyawa. Hanya ajal memisahkan bak kata orang. Jadi di mana silapnya generasi zaman sekarang?

Nenek aku pernah cakap, orang zaman sekarang ni baru bercinta tapi luar dalam kain dah tahu. Dah “puas”. Jadi bila kahwin takda apa yang istimewa sebab semua dah rasa. Orang dulu-dulu bercinta tak macam orang sekarang.  Lebih tertib katanya.

Macam nenek dan atuk aku pulak, diorang tak pernah bercinta. Kahwin paksa. Kalau tengok gambar nenek aku masa kahwin pun boleh tau lah kahwin paksa. Muka masam mencuka, tak senyum langsung. Eh tapi muka atuk aku happy je. Dapat bini lawa ohhh. :p

Alkisahnya, nenek aku benci sangat dipaksa kahwin dengan atuk aku sebab masa tu nenek aku dah ada boyfriend. Hewhew. Tapi bila boyfriend dia datang meminang, arwah moyang aku tolak dengan alasan nenek aku tak boleh langkah bendul sebab kakak sulung dia (wan long aku) belum kahwin lagi. Tapi nenek aku cerita, antara sebab lain arwah bapak dia tolak pinangan boyfriend nenek aku tu ialah kerana dia terlalu handsome.  Haa... terlalu handsome pun tak boleh kaa? Haiya latukkk...!

Arwah moyang aku siap bagi nasihat kat nenek aku lebih kurang macam, “Rupa paras dia tu akan buat hidup kau terseksa.” Haa apa kes handsome pun boleh terseksa pulak ni kan. Kalau ikut tafsiran aku, moyang aku cuba maksudkan yang boyfriend nenek aku tu mungkin boleh mempergunakan kehenseman dan kekacakan dia untuk tackle ramai perempuan. Macam orang zaman sekarang jugak lah, asal ada rupa atau ada duit sikit mulalah si jantan durjana ni nak cari perempuan lain. Bini kat rumah selebet katanya. Chaitt...

Berbalik pada kisah tadi, arwah moyang aku ni berkenanlah dengan atuk aku ni yang sederhana rupanya dan baik budi pekerti untuk dijadikan menantu. Nampak tak kehebatan atuk aku? Tak mainlah tackle anak, kita “tackle” bapak dia dulu.  Zaman sekarang ni, anak dia kau nak tapi mak bapak dia kau tak hormat. Kau fikir kau boleh bahagia macam tu? Ehh apa ni teremosi. Ahehem. *clears throat*

Walaupun atuk dan nenek aku termasuk dalam kategori kahwin paksa, masuk tahun ni dah 48 tahun diorang kahwin. Kalau panjang umur, insya Allah lagi 2 tahun boleh sambut jubli emas wa cakap lu. Paling best nenek aku cakap  diorang tak pernah cakap I love you to each other pun sepanjang berkahwin tapi masih bahagia. Kalau couple di era modernisasi ni aku rasa tak sah kalau sehari tak cakap I love you, I miss you, I need you, I wanna fuck you, I can’t live without you.

Yeye je kata “I can’t live without you.” Lepas break up, hidup je aku tengok dua-dua ekor.

Anyway, nenek aku pernah cerita dulu ada seorang kawan dia ni isteri dia meninggal. Lepas 2,3 bulan, dia pun “ikut” meninggal sama. Mengikut kisah, dia dengan isteri dia semasa hidup memang macam belangkas. Jalan-jalan sama-sama, pergi fishing sama-sama almost everyday. Memang lah ajal maut di tangan Allah, tapi seriously aku rasa ini baru betul-betul “I can’t live without you” punya story. 

Nenda dan Datuk-enda. hihi


Seriously, aku kagum dengan cinta orang dulu-dulu. 

Thursday, June 7, 2012

Lagu Untukmu




Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu?
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan?
Cukup-cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan 
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Saturday, May 19, 2012

Lelaki Yang Aku (Mungkin) Suka


1.       TAK FANATIK BOLA SEPAK
Aku tak kisah kalau lelaki nak tengok bola cuma janganlah fanatik sangat.  Ni kadang-kadang kalau team faveret kau kalah, kau punya kecewa macam kaca terhempas ke batu. Nak minat bola tu berpada-pada lah. Tak perlu nak betting-betting, tak perlu jadi orang sasau kutuk player tu tak pandai main lah tak pandai tackle lah. Cuba kau masuk padang tu, aku nak tengok kau main pulak terrer tak.  Anyway, aku tak kata aku anti bola sepak eh. Selamanya Harimau Malaya tau.

Elelelelele ahh ohh ohh~

2.       LELAKI TINGGI (Bukan lelaki ego tinggi. Errr)
Tak perlu tinggi sangat macam Peter Crouch (eh tiba-tiba terselit nama pemain bola).  Cuma haruslah lebih tinggi dari aku supaya aku boleh pakai heels dan masih boleh mendongak pandang dia, bukan dia yang mendongak pandang aku.

3.       SUKA KUCING
Aku tak boleh tolerate dengan orang yang benci kucing ni. 

4.       BERJIWA MELAYU
Bukan rasis ya. Berjiwa Melayu, yakni, tidak malu menjadi Melayu, tidak jijik berbahasa Melayu, tidak jengkel makan makanan Melayu. Aku memang suka lelaki Melayu walaupun aku tau diorang tak romantik dan tak berapa nak gentleman. Takpe, aku pun tak romantik jugak. Hihi.

5.       MEMPUNYAI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS YANG BAGUS
English GCEO masa SPM sekurang-kurangnya A2, MUET at least band 4, IELTS band 7. Ok tak, tu gurau. Tak aci menilai kebolehan melalui gred.  Tapi menguasai English dengan maha terer tidak bermaksud anda perlu gedik spiking spikang 24 jam dengan aku. Pandai english bukan bermakna jati diri Melayu perlu hilang.

Geng “That’s mean” macam dalam video Hanis Zalikha ni boleh berambus.


Eh maksud saya geng “That’s mean” yang hensem, sila improve English dan tackle saya.






Dan yang tak hensem pergi berambus.

6.       TAK HISAP ROKOK
Dan tak hisap kok. Kehkeh. Ok, jk.
Serious aku tak suka lelaki yang hisap rokok, tak kisahlah perokok tegar ke social smoker ke. Sebab bau mulut dan bau badan smoker ni tersangatlah busuk, busuk yang tersangat busuk tak dapek den nak gambarkan dengan kato-kato. Hidung ni yolah jadi saksi.

7.       TAK PERNAH ADA GIRLFRIEND (DAN BINI)
Cos that makes us equal. Cehh demand hak samarata lahh konon.
I mean, let's discover new things together lah kan.

8.       SUKA BACA BUKU
Supaya dia boleh share dengan aku benda yang aku tak tahu. And bagi aku, real men read books. Bukan real men watch football. Eh.

9.       PANDAI MASAK
Pandai masak as in bukan masak maggi yang curah serbuk, tuang air panas, tunggu masak tu ya.  I mean bukanlah aku tak tau masak sendiri atau pemalas nak masak, cuma aku nak jugak rasa air tangan orang lain. Setahu aku, lelaki masak lagi sedap dari pompuan. Mentang-mentanglah kau lelaki, jangan ingat nak memerintah “go make me sammiches” je kat perempuan. Instead, cakap “let’s make sammiches together today.” Eheheh.


Eh tak, aku tak suka sandwich. Aku nak nasi ayam Hainan.

10.   TAHU KICKBOXING ATAU MUAY THAI
Supaya dia boleh ajar aku sekali. Then boleh lah jadi geng bermuay thai hari-hari.

Alololo romantiknyewww


Dah sampai situ jelah. Kang kalau aku demand banyak-banyak nanti orang kata, “oh patutlah takda orang nak kat kau, cerewet nak mampus...” “cerewet macam ni ingat laku ke bla bla blaaa”. Dan ada jugak ciri-ciri lain yang aku tak nak reveal atas sebab-sebab tertentu. Oh bukan, sebab dah malas nak type. T_T

Aku cuba lari dari cliché ciri-ciri lelaki idaman seperti “I nak lelaki yang bertanggungjawab, soleh, penyayang, hormat orang tua, tak tinggal solat yada yada.....”  sebab bagi aku semua perempuan kat dunia  ni nak lelaki yang macam tu. Siapa tak nak lelaki yang sempurna atau hampir sempurna kan? Of courselah aku suka. Tapi bagi aku, ambik cermin tengok diri sendiri dulu lah. Diri sendiri pun  banyak kekurangan, takkan nak expect perfection dari orang kan?

Hambik kau kena ceramah dengan aku. Mesti nyesal baca blog aku ni. Hewhew.
Apapun entri ni ditulis suka-suka sahaja. Aku cuma cerita aku cenderung untuk suka kat lelaki yang macam mana. Aku bukanlah memilih sangaaaat.


Eleleh, yeke tak memilih.
Elelele ahh ohh ohh ohh~







Friday, May 4, 2012

"Murder City"


 
Desperate but not hopeless
I feel so useless in the murder city
Desperate but not helpless
The clock strikes midnight in the murder city

I'm wide awake after the riot
This demonstration of our anguish
This empty laughter has no reason
Like a bottle of your favourite poison
We are the last call and we're so pathetic

Desperate but not hopeless
I feel so useless in the murder city
Desperate but not helpless
The clock strikes midnight in the murder city

Christian's crying in the bathroom
And I just want to bum a cigarette
We've come so far,we've been so wasted
It's written all over our faces
We are the last call and we're so pathetic

Desperate but not hopeless
I feel so useless in the murder city
Desperate but not helpless
The clock strikes midnight in the murder city

Desperate
I feel so
Desperate
The clock strikes midnight in the murder city

Thursday, May 3, 2012

Rintih

Rawat luka kiri, yang kanan terobek sekali,
Rawat luka kanan, luka kiri berdarah kembali.

Ingin ku rawat keduanya sekali,
Tiada kudrat ku seorang diri.

Wednesday, April 18, 2012

HUJAN


Aku meniti lorong berliku ini
Walaupun hingar-bingar ku rasakan sunyi
Titis-titis hujan di pipi ku kesat sepi
Setiap derap langkah kanan dan kiri
Hati kecil berbisik dan berjanji
Tidak akan sesekali aku berpaling ke belakang lagi

Namun aku tidak pernah mampu untuk berhenti menoleh
Menyingkap kembali tirai silam tika hati ini ditoreh
Sisa pahit ini bukan untuk disimpan
Namun cukup kuat untuk menghentikan langkahku ke depan

Bait-bait perkataan dari lohong hitam berlidah masih kedengaran
Memalit dendam, menghiris perasaan
Terlalu berbisa hingga jiwa ini seakan mati
Jasad ini seakan kosong namun kugagahkan untuk berdiri

Terbakarlah potret-potret bahagia
Terpaterilah sengketa antara kita
Terpisahlah seketika kasih bonda
Termuntahlah persoalan di tinta minda
Terciptakah bahagia dengan kekecewaan jiwa?

Dakwat pahit ini sukar dipadam
Lembaran duka ini tidak pernah ku karang
Pergi bagai dedaun kering yang terbang
Datang kembali bagai hujan yang tak diundang.