Tuesday, July 19, 2011

Dah study?




Kalau korang semua perasan la,bila tiba je musim test ataupun musim peperiksaan mesti akan terpacul dari mulut rakan-rakan anda untuk mengajukan soalan-soalan cepucemas seperti berikut:

1. Dah study?

dan

2. Kau mesti dah habis belajar kan? Powerlahhh...


Sesungguhnya, otak saya blank apabila diajukan dengan soalan sebegini rupa. -___-

Okay beginilah.
Mari kita lihat  dengan secara positif  faktor-faktor mengapa soalan ini perlu diajukan setiap kali menjelang peperiksaan ataupun test.

FAKTOR POSITIF 1

Member yang tanya soalan ini sebenarnya berniat mulia dan ingin mengingatkan kau bahawa peperiksaan sudah berada berdekatan penjuru. Berkemungkinan besar ketika itu kau sedang lalai leka alpa durjana dan tidak sedar diri yang peperiksaan dah dekat dan tak pernah pun sentuh buku lagi. Oleh itu, apabila diajukan soalan sebegini rupa arakian  lintang-pukang lah tuan hamba lari ambik buku dan sedut segala ilmu.

FAKTOR POSITIF 2
Si tukang tanya soalan ingin tahu kau sudah habis belajar ke belum sebab dia nak mintak kau tolong ajarkan tajuk-tajuk yang dia kurang faham. Kalau dia terus je tanya tajuk yang dia tak faham kat kau padahal yang sebenarnya kau buku pun tak beli lagi tak ke haru namanya.

FAKTOR POSITIF 3
Faktor ini merujuk pada soalan nombor 2 di atas. Aku merasakan si tukang tanya soalan ini saja je nak buat buat amal jariah dengan memuji kepoweran kau. Dia memang tau kau memang dah habis study dan dia memang akui kau tersangatlah hebat. Malahan, dia turut merasakan kaulah idola terunggul dalam kalangan rakan sebaya.

FAKTOR NEUTRAL
Member kau dah ketandusan idea nak tanya soalan apa. Maka dia pun memulakan konversasi dengan soalan ini.

Berikut adalah faktor-faktor negatif yang aku fikirkan relevan dan berkemungkinan besar menjadi penyebab soalan-soalan ini ditanya.

FAKTOR NEGATIF 1
Si tukang tanya saja nak bagi pressure dan buat kau gabra sebab dia tahu kau tak sentuh buku lagi. Dan berkemungkinan besar pada waktu yang sama dia nak suruh kau tanya dia balik yang dia dah study ke belum. Dan dengan bangganya dia akan menjawab "Aku dah habis dah study semua..". FAKYUBITCH.

FAKTOR NEGATIF 2
Member kau yang tanya ni nak tengok kau dah study sampai mana. So kalau kau cakap kau belum study apa-apa lagi, dia akan berasa amat lega kerana dia sudah jauh meninggalkan kau. Tapi kalau kau cakap kau dah baca semua, hatinya pun mulalah berkata-kata "Kau ingat kau dah baca semua kau terror?"


FAKTOR NEGATIF 3
Member kau nak menganjing kau.

So, bila korang dah baca ni rasanya member korang yang tanya soalan ni sebab dia berniat baik ke jahat? Tu ikut korang lah nak nilai member korang macam mana. Kepada sesiapa yang suka tanya soalan-soalan ni pada member-member anda, fikirkan kembali semurni dan sejujur manakan hati anda sebenarnya apabila mengajukan soalan cepucemas ini. Yang aku tahu, aku tak pernah nak ada inisiatif untuk tanya orang lain "Dah study ke belum?" sebab aku sendiri pun akan jadi blank bila orang tanya aku soalan macam tu. Haha.

Selamat menjawab test! ;D